Agak2 boleh habis tak kali nih.....1 hr to update...hehhehe
Ari ni pose lagi.....spend time to update my dear blog..
Hari berikutnya kami bertolak ke Kuala Trengganu. Urusan tempahan penginapan abang chik la yg uruskan. Penginapan kali ni berdekatan dengan Airport Kuala Trengganu. Awal pagi kami dah bertolak dpd KB ke KT....kena bertolak awal sbb hanya 1 malam jer di KT. Ikut jalan pesisir pantai....boleh la menikmati pantai2 cantik sepanjang jalan. Tak singgah pun cuma berhenti makan2 bekalan yg ada di Pantai Rhu 10....cantik pantai nya. Ni kali ke 2 chik la berehat di sini ...kali pertama semasa pergi ke KT last 2 years. Reason berenti kat sini...korang baca mesti pelik ...kat sini ada satu deretan gerai jual ikan/udang/ketam/sotong yg fresh2 dan harga berpatutan. So my dear hubby ni memang berminat la dengan lauk2 mentah ni kalau kena dengan harganya. Last time p, kami tak bawak container utk simpan ikan2 ni but this time container tu la yg hubby simpan dulu dlm kereta. And menepati ramalan chik la....hubby beli 2 ekor jenahak dan jugak udang besar...cadangnya nak buat bbq di tepi pantai malam nanti.....tp last2 ikan dan udang tu kami bawak balik ke rumah abang dan settlekan kat sana. Beli ais ketul banyak2 dan letak dlm container tutup rapat. Chik la tak komen byk sbb bab2 tu hubby memang dah expert sbb dah biasa pi memancing dan bab2 simpan ikan dlm container dah memang selalu buat. And ikan2 tu memang still fresh masa tiba kat rumah abang keesokan malamnya...hmmmm...
Pas dah beli2 tu (sorry la tadak gambar hasil belian tu sbb chik la pun turut sama seronok memilih2..hehhe) kami singgah di tepi pantai habuan anak2 bermain sekejap. Ada la pulak tali besar yg diikat ala2 buaian kat situ..maka anak2 ni pun bergilir2 la berayun kat situ. Hajat hati teringin jugak diayun tp takut pulak baru sekali tolak tali tu putus...hahahha...so tengok jer la gelagat anak2.


aksi anak2 di tepi pantai

post intimewa adik mira..I like it!

Lepas tu terus bergerak ke tempat penginapan. Petangnya kami ronda2 di Pasar Payang. Oleh kerana masa terhad, lepas malam malam around kul 7.30pm kami terus ke Masjid Kristal. teruja dengan kecantikan masjid di waktu malam...cantik.....dok rileks2 sekejap sambil dengar layan ceramah agama yg berkumandang kat situ.....habis sesi bergambar2..terus balik ke tempat penginapan....penat sungguh....



ni la ahli rombongan bergambar depan masjid kristal keesokan harinya sebelum bertolak balik

Hari terakhir, seawal jam 8 pagi kami bertolak ke arah KL. Kena bertolak awal sbb bercadang nak singgah di Rantau Abang dan Dungun sebelum teruskan perjalanan pulang ke KL.
Sesat larat jugak la sementara nak jumpa jalan sebenarnya...hehhe...walaupun ada GPS... Singgah sekejap di Turtle Santuary Rantau Abang...kat sini ada ceritakan pasal penyu. Anak2 berpeluang memegang anak2 penyu...memang seronok tp chik la tak sempat masuk ke sini sbb Amira buat perangai tak mau turun kereta so kena la layan dia kat dlm kereta jer....


bermain2 dgn si anak penyu

Perjalanan diteruskan ke Dungun. Buat apa kat Dungun?....Chik la jumpa rakan online (peniaga sutera) yg chik la kenali sejak 2 - 3 tahun lepas. Dia ada buka kedai di pekan Dungun belakang CIMB bank. Dah buat temujanji dgn dia sejak awal lagi. Kalau nak tengok hasil jualan nya boleh tengok kat sini ann .
Seronok dpt merealitikan alam maya....first time jumpa.....rupa2nya pk ann kita ni comel jer orangnya. Kalau ada sapa2 nak bli sutera boleh la beli cara online dgn dia..insyaAllah kualiti ok dan harga berpatutan.
Lepas borak2 dan pilih2 kain..hehhe..kat sini chik la sempat jugak merembat 2 pasang sutera habuan dipakai di pagi raya nanti.... :),

bersama ann di kedai ..kawan maya direalitikan..he

kami teruskan perjalanan. Penat jugak la....then our last destinasi utk trip kali ni ialah di Bukit Geliga, kuantan...singgah di gerai jual otak2 dan sata. Pernah makan sata? Chik la 1st time makan. Otak2 tu biasa la.....ramai org kat sini. Semuanya dok makan otak2 dan sata..tak nampak pun org makan nasi. Sata ni adalah isi ikan yg dihancurkan dan dibungkus dengan daun pisang dan di bakar cam bakar sate tu. Sedap jugak......penuh meja kami dengan daun pisang...hehehe..


jgn marah..penuh meja...

ni le rupanya sata

ni ler kedainya, sapa2 nak pergi boleh call utk dptkan lokasi sebenarnya..chik la tau kat bukit geliga jer..

Dah kenyang, terus kan lagi perjalanan. Berhenti sekejap di R&R Genting Sempah sbb nak tunaikan solat jamak terakhir kami sebelum  sampai ke Puncak Alam rumah abang.

sempat jugak singgah kat sini ..sejuk & lapar hahhaha

Trip kali ni memang best......plan nak buat lagi ke destinasi lain pulak...tp apa2pun kena kumpul ongkosnya dulu.....hahhaha.....hmmm abis jugak cerita chik la.......back to rutine life .....

1 Comments

  1. seronoknya dapat pegang penyu..sure anak-anak aku pun suka..

    ReplyDelete