Salam takziah....
Semalam dan hari ini chik la terima berapa berita kematian di kalangan rakan-rakan. Petang semalam berita kematian bonda mertua staff chik la di pejabat lama. Seawal pagi tadi sedang bersiap2 utk ke pejabat, chik la dan hubby dikejutkan dengan berita kematian kawan hubby di taman perumahan yg sama. Terkejut jugak hubby sbb sebaik sahaja pulang daripada Vietnam sabtu lepas kawan hubby tu ada call hubby bersembang dan hubby pun ada kata member dia macam tak mau berenti bercakap....ada jer ceritanya.....sebaik sahaja sampai pejabat 2 lagi berita kematian yg diterima...seorang kehilangan suami dan seorang lagi juga kehilangan bonda mertua. Insaf rasa diri bila menerima berita kematian.....perjalanan hidup ini masih panjang tambahan anak2 yg masih kecil dan perlukan perhatian....moga Allah masih mahu meminjamkan kehidupan pada chik la dan hubby........moga jugak mereka2 yg kehilangan ini tabah menerima dugaan Allah.....kerana daripadaNya kita datang kepadaNya juga lah kita akan kembali......amin......
2 Comments
takziah pd keluarga rakan n jiran Azi....smoga kita diberi peluang oleh Allah SWT utk melihat anak2 membesar n berkeluarga hendaknya......
ReplyDeletetakziah..buat jiran dan rakan sekerja Cik La
ReplyDelete