Nasi Kerabu Sedap Di Pekan Bukit Mertajam
Akak pasti mesti ramai yang suka makan nasi kerabu. Betul tak? Sejujurnya, sewaktu muda remaja, akak tak kenal pun apa itu nasi kerabu. Maklumlah berasal dari selatan, tahun 80an tak ramai lagi orang yang berhijrah keluar dari tempat lahir. Jadi kita lebih terdedah dengan apa yang ada di negeri asal kita sahaja. Berbeza dengan sekarang. Di mana- manapun, pelbagai lapisan masyarakat daripada pelbagai negeri ada di satu-satu kawasan, yang membezakan ramai atau tidak.
Berbalik tentang kisah nasi kerabu ni, akak mula berkenalan sewaktu belajar di USM. Waktu tu rata-rata kawan, ramai yang berasal dari Pantai Timur. Bila dah berkawan, maka secara tak langsung kita pun belajarlah mengenali dan merasai makanan kegemaran kawan-kawan yang lain. Bila dah mula rasa, mulalah suka.
Bila dah berkeluarga, satu family suka mencuba makanan baru dan masing-masing suka makan nasi kerabu ni. Cumanya mak dia ni tak pandailah nak buat sendiri. Bila berhajat nak makan, kenalah cari di kedai. Tapi tak semua kedai yang menjual nasi kerabu tu memenuhi citarasa, walaupun ramai yang claim berasal dari Pantai Timur. Biasalah tu, selera masing-masing kan.
Nak jadi cerita, akak dan anak-anak ni, boleh dikatakan setiap hujung minggu akan meluangkan masa jalan-jalan pagi sambil meregangkan dan membetulkan urat-urat badan selepas sepanjang minggu mengadap laptop dan kerja-kerja yang tak pernah habis. Lepas berjalan pagi tu, on the way balik memang singgahlah mana-mana kedai untuk beli sarapan pagi yang agak berat supaya boleh terus sambung untuk tengahari.
Singgah Makan Nasi Kerabu Di Warung Atok
En suami ada terbaca tentang Warung Atok ni. Lokasi pun tak jauh, di pekan Bukit Mertajam sahaja. Ada satu hari tu kami singgah makan di sini. Ada pelbagai menu tapi rasanya menu utama warung ni adalah nasi kerabu. Walaupun namanya warung tapi ianya terletak di deretan rumah kedai dua tingkat. Lokasi tak susah nak cari sebab berdekatan dengan jalanraya. Kalau datang waktu cuti atau hujung minggu, mungkin mudah sikit untuk parkimg kereta.
Tujuan utama ke sini adalah untuk merasai menu nasi kerabu dengan pelbagai pilihan lauk sampingan. Pertama kali pergi ni kami bertiga sahaja, akak, en suami dan abang Irfan.
Nilah pilihan kami. En suami pilih daging dan lemak bakar. Manakala akak dan abang Irfan pilih ayam bakar. Portionnya agak besar juga. Harga, alhamdulillah bersesuaianlah dengan pilihan. Rasanya juga sedap. Kira puashatilah lepas makan tu.
Selain dari nasi kerabu, akak pernah cuba juga makan lontong dan nasi lemak serta nasi dagang. Semua menunya alhamdulillah sedap. Pada yang datang ke Bukit Mertajam ni, bolehlah cuba makan di sini. Google je Warung Atok, mesti jumpa.
Lama betul cerita ni tersadai dalam draft bersama-sama dengan banyak lagi cerita lain. Rajinlah wahai tuan punya blog, jangan biarkan blog bersarang lama sangat. Korang pun jangan jemu singgah sini tau !



0 Comments