Tak Salah Sesekali Reward Diri Dengan Barangan Berharga
Tak Salah Sesekali Reward Diri Dengan Barangan Berharga. Korang selalu tak reward diri sendiri atas pencapaian atau penat lelah selama ni? Akak sendiri biasanya reward dengan pergi makan saja, jarang sangat beli barang. Kalau belipun, barang-barang keciL untuk kegunaan sendiri.
Memandangkan kebelakangan ni selalu sangat ada kekangan untuk menulis di sini, maka tahun ni akak reward diri akak dengan tablet baru. Mudah di bawa ke mana sahaja dan bila-bila ada kesempatan, bolehlah akak menulis.
Dah lama nak tukar yang lama sebab yang lama tu anak-anak dah gunakan untuk tengok movie online. Sekarang ni macam dah tak function sangat ada tv di rumah, jarang sangat ada penontonnya.
Bagi yang suka menulis macam akak ni, akak memang perlukan gadget yang sesuai untuk di bawa ke mana-mana sahaja. Menulis di screen handphone rasa tak puashati, nak screen yang besar sikit. Nak guna laptop ofis, rasa macam bersalah pula lagipun sekarang ni banyak sangat sekatan penggunaan. Pilihan kali ni Huawei Matepad 12x.
Tak pernah lagi gunakan brand ni. Pertama kali cuba dan sedang membiasakan diri. Dari segi kualiti gambar dan bunyi, agak best juga.
Sambil-sambil atas katil pun boleh siapkan satu post. Harap-harap bertambah rajinlah akak bercerita lepas ni. Selesai reward untuk tahun ni. Moga semakin bersemangat dalam tugas harian dan semakin banyak idea menarik boleh dihasilkan.


0 Comments