Si Tupai Kesayangan
Si Tupai Kesayangan. Dah hampir 6 tahun dah tupai ni bersama kami. Kami namakan Jack - Jack The Squirrel. Dari kecil ditinggal ibunya di celah pokok. Mujur en suami nampak sebab dia jatuh atas bumbung sangkar burung Dari kecil juga, akak lah yang jadi tukang beri susu sampailah dia jadi jemu tak nak susu dah.
Kalau dulu boleh lepaskan dalam rumah dan main kejar-kejar tapi sekarang tak berani dah nak buat macam tu. Gigi dia tajam dan kalau kena gigit memang berbekas jadinya. Setakat ni pernah dua kali jugalah digigit dengan gigi tajamnya.
Sekarang ni masuk dalam sangkar saja. Sesekali dilepaskan juga bagi dia bergembira melompat sana sini. Tapi tak jauh jalannya, pusing-pusing dalam kawasan rumah saja.
-
Dari segi makanan pula, Jack suka makan buah-buahan. Apa saja jenis buah dia suka makan. Selain itu, pelbagai jenis kekacang juga menjadi minat dia. Badan Jack ni cantik tak macam tupai tanah.
Pernah juga biarkan Jack lama di luar rumah, tapi dia balik juga masuk ke sangkarnya. Dalam sangkar Jack ada rumah kecil yang en suami buatkan. Masa kecilnya akak kaitkan sarung macam bunjut dan Jack akan masuk tidur dalamnya. Selagi Jack masih nak stay dengan kami, kami layankan sajalah. Paling best bila balik kerja, panggil nama dia, mesti Jack akan berpusing-pusing dalam sangkar.





0 Comments