Sesekali Kita Cuba Makan Mee Tarik.  Mee adalah antara makanan yang akak suka terutama mee goreng.  Selain daripada tu kurang sikit minatnya tapi kalau di hidang depan mata, makan juga sampai habis.  Rezeki jangan ditolak kan.

Week end baru ni, anak-anak semua ada di rumah, cuti hari buruh kan.  Biasanya kalau dah beramai-ramai ni, macam-macamlah idea yang keluar.  Pak Inciklah yang paling rajin share lokasi makan yang dirasakan menarik dan nak cuba.

Pilih punya pilih, jom makan mee tarik sup.  Jom singgah di Lanzhou Beef Noodles.  Baru-baru ni ada yang kongsikan, kedai ni ada sijil HALAL.  Bagi lebih yakin, akak semak dalam HALAL Portal, ya ada sijil halal.

Tujuan memang nak cuba makan mee tarik sup ni, jadi inilah pilihan utama.   Order mangkuk biasa, inipun boleh makan dua orang.  Order dua mangkuk makan kongsi-kongsi.  Akak tambah dengan nasi daging lada hitam.  Masakan chinese style ni lebih kurang sama sahaja, pengalaman tukang masak yang membezakan rasanya.


Masakan chinese, mee tarik sedap

Masakan chinese, mee tarik sedap

Masakan chinese, mee tarik sedap

Portion daging black paper ni pun banyak, makan kongsi-kongsi.  Secara keseluruhannya, boleh repeat lagi dan nak cuba menu lain pula.  Tapi tak boleh pergi selalu, harganya boleh tahan juga.


Masakan chinese, mee tarik sedap

Ada sijil Halal, tak ada sebab untuk kita tidak cuba.


0 Comments