Masak Siakap Kengsom Untuk Makan Malam
Assalamualaikum semua. Lama betul akak tak bersiaran. Ada yang rindu ke? Ada ke yang singgah-singgah baca post lama. Maaflah semua, entah apa yang sibuk sangat pun tak tahulah. Macam-macam nak buat, salah satunya nak update post tiap-tiap hari, tapi tak kesampaian juga. Rajin ambil gambar, tapi mood bercerita di sini yang hilang entah ke mana.
Kali ni akak cuba lagi yer. Perkongsian yang paling mudah adalah menu masakan. Kadang-kadang memang lost tak tahu nak masak apa. Tambahan kalau tinggal berdua. Asyik singgah kedai pun jadi jemu juga. Bila dah jemu mengatur kedai, paksakan juga diri masing-masing masuk dapur. Biasanya hujung minggu kami beli barang basah serba sedikit. Jadi bila tiba-tiba mood ke dapur datang, adalah bahan nak dibuat dengan menu-menu simple janji sedap. Tagline kami suami isteri.
Siakap kengsom ni jarang-jarang dibuat. Tapi tiba-tiba terasa nak makan yang masam-masam pedas tanpa bertumis. Maka terjadilah siakap kengsom ni. Bahan-bahannya pun dah memang sedia ada di rumah, jadinya jomlah masuk dapur.
Resipi yang ni akak ambil dari tiktok sahaja.
4 ulas bawang putih


0 Comments