Singgah Makan Di Restoran Chinese Muslim Bayan Baru.  Hujung minggu biasanya kami sekeluarga akan ambil peluang keluar makan jauh sikit dari rumah.  Selalunya kami akan jalan-jalan cari makan di sebelah pulau.  Jarak antara Kulim dengan Pulau Pinang (sebelah pulau) tidaklah jauh sangat, lebih kurang 35 minit perjalanan sekiranya tidak terlibat dengan kesesakan lalulintas.  Kali ni singgah di Restoran Chinese Muslim di Bayan Baru.  Dah lama teringin nak singgah makan sini.

Waktu kami sampai, kebanyakan pelanggan dah habis makan, jadi adalah beberapa meja kosong.  Akak ni bab makanan tidaklah memilih sangat, bila disuruh pilih tentunya menu sayuran yang akan akak pilih dahulu.  Manakala yang lan-lain, ku serahkan pada pilihan en suami dan anak-anak.

Oleh kerana lebih kepada nak cuba rasa, maka macam-macam jugaklah yang dipilihnya.  Semua kalau boleh nak cuba. 

Menu Pilihan Menarik Di Sini

Antara menu yang kami pilih, beberapa jenis dumpling.  Irfan yang teringin sangat makan dumpling ni kami yang lain sibuk membuat pilihan.  Boleh tahan la juga.  Set ni sampai dulu.


jjcm, family time, makan malam sedap, tempat makan Penang

jjcm, family time, makan malam sedap, tempat makan Penang

Brokoli goreng cendawan ni pilihan akak.  Brokoli ni memang kegemaran akak.  Kalau di rumah pun memang akan sentiasa ada stok brokoli ni.  Masakan sayuran chinese style ni memang sedap.  Antara masakan fovarite juga di rumah.


jjcm, family time, makan malam sedap, tempat makan Penang

Mee daging sup.  Nampak simple tapi bila dicampurkan dengan minyak cilinya memang mengancam juga rasanya.  Yang ni kami beli 2 mangkuk sebab semua suka. Kakak pula pilih mee goreng ayam.  Mee ni macam mee tarik.

jjcm, family time, makan malam sedap, tempat makan Penang

Satu lagi menu sedap ialah ayam pedas Kan Kuo.  Makan dengan nasi sedap, masukkan dalam sup pun sedap.  Selain tu, kami order juga siakap stim lobak.  Terlupa pula ambil gambar.  Lobak asin yang dipotong-potong kecil di tabur atas ikan.  Boleh tahan juga rasanya.  Ikan stim ni akak suka ratah aje.

Puashati, dapat juga akhirnya singgah makan di sini.  Sekali sekala reward family sempena pay day.  

Area ni kalau jalan malam-malam pun seronok juga.  Suasana di luar restoran sangat cantik bermandikan cahaya lampu-lampu dari pokok.  Banyak pokok di Penang ni dibalut dengan lampu, tambah indah suasan malam.

jjcm, family time, makan malam sedap, tempat makan Penang

jjcm, family time, makan malam sedap, tempat makan Penang

jjcm, family time, makan malam sedap, tempat makan Penang

Okay perutpun dah kenyang, jom gerak balik.  Kalau yang nak mencuba, bolehlah ke Chinese Muslim Restaurant, D Plazza Mall, Jalan Mahsuri, Bayan Baru, Bayan Lepas, Pulau Pinang.


0 Comments