LUMOS
FLOAT Menonton Wayang Dari Rumah. Bagi mereka yang suka tengok wayang, sekarang
ni korang boleh menonton ala ala panggung wayang dengan LUMOS FLOAT
projektor
ni. Projektor ini direka untuk cukup
fleksibel dan boleh berputra 360 darjah.
Ianya boleh diletak di atas meja atau boleh juga digantung di syiling
rumah.
Kat rumah akak
ni, anak-anak selalu sangat ’conquer’ tv
di rumah untuk tengok movie. Biasanya
akak kenalah mengalah menonton rancangan yang diminati ’on the go’ melalui handphone. Bila dah ada LUMOS FLOAT ni, kami tak
perlu berebut lagi. Hanya pasangkan di dalam bilik dan sambung serta
terus guna, atau sambungkan ke laptop. Anak-anak boleh tengok sendiri movie yang
mereka minati di skrin yang lebih besar.
Biasanya dinding biliklah yang jadi pilihan. Mujur kami jenis suka dinding bilik kosong,
jadi bolehlah jadi skrin besar.
Ciri Projektor LUMOS
FLOAT Yang Menarik
LUMOS FLOAT membolehkan
korang memancarkan skrin ke dinding atau siling dengan mudah tanpa mengubah
kedudukan projektor. Jadi, bolehlah
korang menonton sambil berbaring selesa di atas katil.
Seronok anak-anak
melayan rancangan korea kegemaran mereka.
Aktiviti waktu cuti anak-anak akak.
Gelapkan ruang bilik dan pancarkan rancangan kegemaran ke dinding dengan
LUMOS FLOAT. Best kan!
LUMOS FLOAT disediakan dengan SkyTrack yang membolehkan
projektor ini dipasang dengan cara gantung di siling. Pemasangannya mudah menggunakan cangkuk 3M
tanpa perlu menebuk lubang atau membeli alat sokongan tambahan. Jangan takut ianya jatuh kerana beratnya
hanyalah lebih kurang 750g sahaja.
Skrinnya boleh
memenuhi dinding anda dengan kelebaran 150 inci. Selain itu LUMOS FLOAT
ini juga
dilengkapi dengan resolusi sokongan 1080p yang pastinya mengagumkan. Ianya juga mempunyai kecerahan tinggi dan
lebih jelas.
Paling menariknya,
Float dilengkapi dengan Netflix, YouTube, Wifi, bluetooth dan Android OS. Anda boleh menghidupkan projektor dan
menggunakannya untuk menonton apa jua rancangan yang diminati dengan hanya plug
and play sahaja.
Aplikasi yang sedia ada dan korang boleh
gunakan terus. Ada juga video dan musik yang korang boleh
pilih.
Di skirn Home, ada pelbagai pilihan yang korang boleh pilih. Yang popular di rumah ni adalah Netflix dan YouTube. Pasang dari pagi sampai malam bersambung-sambung, macam-macam cerita
anak-anak tonton. Sambungan ke Netflix, Disney, spotify korang perlulah ada
access ID terlebih dahulu.
Anda juga boleh
menggunakan aplikasi ’wireless mirror casting’ untuk mempamirkan layar di
handphone anda. Boleh download dulu
aplikasi mirror casting dan nikmati pengalaman menarik dengan projektor LUMOS FLOAT ini.
LUMOS
FLOAT ini didatangkan dengan ’remote control’ ,
kabel penyambung dan juga kabel plug. Ianya terdiri daripada tiga pilihan warna
menarik iaitu emas, perak dan merah
jambu. Akak pilih warna merah jambu.
Harga jualan bermula daripada RM599.
Jangan risau sebab ada ’user manual’
disertakan dalam kotak. Tak susah pun nak set up LUMOS FLOAT
ni. Pastikan korang ada sambungan wifi yang laju untuk kelancaran tontonan
korang.
Gunakanlah LUMOS FLOAT
ini untuk
beraktiviti bersama keluarga. Mesti
seronok menonton rancangan yang diminati bersama-sama dengan anak-anak sambil
makan popcorn seperti suasa di panggung wayang.
Kalau nak balik kampung pun, korang boleh bawa bersama. Asalkan ada sambungan wifi, korang boleh guna
di mana-mana.
Kini boleh
didapati terus di laman web LUMOS
Malaysia: http://www.lumosprojector.my/float
Shopee: https://shopee.com.my/lumosprojectormyofficialstore
0 Comments