Kenduri Lauk Kampung
Kenduri Lauk Kampung. Awal Januari 2026 lagi dah ada jemputan kenduri kahwin. Jemputan dari kawan en suami. Lokasi kenduri di Selama Perak. Menariknya bila mengunjungi kenduri di kawasan kampung ialah menu yang disediakan. Lauk pauk kampung yang sememangnya menyelerakan.
Kalau biasa bila menghadiri kenduri kahwin, menu antaranya ialah nasi minyak dengan lauk kari daging, ayam masak merah atau ayam goreng berempah, acar timun atau buah. Kali ni menunya memang lain dari biasa.
Daging masak hitam, ayam goreng kunyit, kari hati, limpa dan paru bercampur daging dan yang paling menyelerakan ialah kerabu umbut dan kerabuh taugeh. Memang betul-betul menu kampung. Gandingan yang betul-betul buat kami berselera makan, tak pandang kiri kanan dah. Tambahan pula kampung orang, memang akak tak kenal pun jemputan yang ada, en suami pun kenal beberapa orang sahaja.
Lepas makan nasi, ada pula diletakkan bekas kuih kuih sebagai kudapan. Kuih karas ni antara kuih kegemaran kami. Kalau jumpa mesti kena rasa. Nak buat sendiri memang tidaklah.
Kuih rose berperisa. Akak tak berapa gemar yang berperisa ni, suka yang original lagi. Macam teringin pula nak buat kuih ni untuk sambutan raya tahun ni.
Kuih tiram, ada juga yang panggil kuih kapal terbang. Kepingan tepung digoreng dan ditabur dengan gula halus. Sedap juga tapi tak boleh makan banyak. Dapatlah merasa serba sedikit.
Meriah kenduri di kampung. Selain meriah dengan makanan, meriah juga dengan kedatangan para jemputan dari pelusuk kampung. Di kampung jarang ada catering, biasanya lauk pauk dimasak secara gotong royong. Semangat kejiranan tolong menolong masih tinggi tambahan pula kalau tuan rumah tu antara orang-orang penting di kampung.
Dari awal december, hampir setiap minggu ada jemputan kenduri. Jemputan kali ni kira penutup sebelum cuti sekolah berakhir. Alhamdulillah, hampir semua jemputan dapat kami penuhi.




8 Comments
sedapnya menu kampung, kari hati paru limpa tu selalu orang panggil gulai 3 beradik kan Azi :) kerabu umbut pun sedap sangat lama tak makan , kena pula dengan kuih lama2..
ReplyDeleteMata terpahat pada kerabu umbut, sedapnya....
ReplyDeletebila tiba musim cuti = kenduri di sana sini = gantung periuk laa jawabnya hehehe
ReplyDeleteAduh sedap²nya lauk pauk! Ini memang menu kenduri kampung betul ni. Telioq aih 😋
ReplyDeletesedapnya kerabu umbut tu. kudapan tu pun semua kuih2 legend.
ReplyDeletebetul kalau kenduri lauk kampung best betul... sedap nampak kerabu tu
ReplyDeletewah sedapnya menu lauk kampung..lagi-lagi kerabu tu..done klik iklan :)
ReplyDeleteKaaaaaak, ya ampuuuun paling sukaaa saya kalau bisa dpt kenduri di kampung begini. Krn memang lauk pauknya sedaaaap. Khas kampung pula
ReplyDeleteKue Karas itu , dan kue rose (kami sebut kembang goyang) juga ada di Aceh. Saya dulu pertama makan saat di Aceh. Pasti ada di acara kenduri. Kalau di Jawa, macam rare lah kue2 itu.