Ronda Ronda Ferringhi Bay. Cerita dua tiga minggu lepas. Bila cuti hujung minggu, akak selalu ajak anak-anak ke Batu Feringghi tapi tak pernahnya pergi pun, saja suka-suka mengusik anak-anak. Secara kebetulan hujung minggu tu abang Irfan dana kakak cuti, jom katanya pergi tengok pantai. Eh..mak memang suka hari cuti pergi jalan-jalan. Kalau dapat pergi supermarket beli buah-buahan atau sayur pun akak suka, apatah lagi diajak ke pantai. Zass la bersiap. En suami pun tak ke mana-mana, join sekali lah kami.
Ferringhi Bay, Pulau Pinang
Sebenarnya akak tak tahu pun kewujudan tempat ni. Dah agak lama tak ke sebelah sini. Biasa kami sampai area Bayan Baru dan Georgetown sahaja. Bukan tak berminat ke sana tapi jaraknya agak jauh sedikit dengan jalan yang agak bengkang bengkok.
Bila sampai di sini, agak terkejut jugalah dengan suasana yang agak meriah juga. Kami sampai dalam lingkungan jam 430 petang. Melihatkan pada suasana di situ, akak jangka sebelah malam, hujung minggu mahupun musim cuti, tempat ini memang akan jadi tumpuan rehat-rehat santai bersama teman atau pun keluarga terutama di sebelah malam.
Sampai sahaja, tempat pertama yang akak tuju adalah tepian pantai ni. Dah lama betul tak menghirup udara pantai. Kalau dulu hanya pokok-pokok yang tak terurus, sekarang ni dah ada macam-macam. Deretan gerai-gerai makan dengan meja berpayung warna warni, kerusi-kerusi rehat tepi pantai dan macam-macam lagi.
Pelbagai deretan tempat makan dengan pelbagai menu menarik. Korang pilih sahaja nak makan apa. Harga boleh tahanlah juga. Tempat pelancong berkunjung kan. Sebelum ronda-ronda lagi, kita ootd dulu. Frame ni memang jadi rebutan pulak. Bergilir-gilirlah kami ambil tempat.
Bila anak-anak dah besar ni, mak pun kenalah ikut ragam mereka. Pak incik jadi tukang ambil gambar. Sekarang ni kalau ke mana-mana, ikut mana yang ada sahaja. Kalau nak kumpul semua, memang kat rumah ajelah. Masa ni kebanyakan tempat makan ni baru nak mula set up bahagian luar.
Perut lapar pulak. Tapi tak nak isi penuh sebab plan nak cari makan tempat lain. Jadinya kami order serba sedikit saja. Ni frame tadi dari pandangan tempat makan.
Order dua menu sahaja, speghetti marinara dan chicken chop. Portion agak besar jugaklah boleh share dua orang untuk satu menu tu.
Lepas makan, angin pun dah makin kuat bertiup. Payung-payung di meja makan semuanya terpaksa di tutup dahulu. Okay je cuaca tidaklah panas. Dah kenyang, jom jalan-jalan tepi pantai lagi. Ferringhi Bay ni bersebelahan dengan hotel Hard Rock. Kalau korang menginap di hotel ni, boleh jalan kaki sahaja ke sini. Ada juga lagi hotel yang berdekatan. Boleh je ke sini dengan berjalan kaki sambil menikmati suasana sekeliling.
Sebelah malan khabarnya lebih meriah dengan pertunjukan dan permainan api. Masa kami nak balik tu pun dah mula siap-siap tempat nak buat pertunjukan permainan api tu. Ramai juga dah mula ambil tempat duduk terbuka yang disediakan sambil menunggu matahari terbenam. Tapi korang janganlah duduk sahaja, kenalah order makanan juga. Semakin lewat petang, kawasan ni semakin ramai pengunjung.
Anak-anak teringin nak makan aiskrim pulak. Singgahlah di Rollney ni. Layankan sahajalah.
Mereka dua beradik je yang order. Akak tumpang rasa. Tengok aiskrimnya menarik. Ada macam-macam ikutlah korang nak tambah apa lagi.
Okaylah tempat ni. Bila ada cuti-cuti lagi boleh bawa anak-anak bermalam di sebelah Batu Ferringhi ni. Boleh tengok sunset juga. Lupa pula nak bagitau, kalau korang nak makan masakan goreng-goreng di gerai terbuka pun ada tapi kenalah berjalan sedikit. Seronok sebenarnya explore tempat sendiri ni. Banyak tarikan yang kita tak sedar kewujudannya.
Pada korang yang datang ke Pulau Pinang, jangan lupa singgah sini.
0 Comments