Teman Penghibur.  Hari ni akak mula bercuti panjang.  Bolehlah belek-belek blog ni.  Maaflah kalau yang singgah sini masih lagi dengan post lama. Kebelakangan ni diuji dengan masalah kesihatan sikit tapi beransur pulih. Korang doa sama yer moga akak kembali sihat seperti biasa. 

Bila tak sihat, kita lebih suka cari masa sendirian, duduk tenang-tenang menghabiskan masa seharian.  Tak nak ambil kisah sangat apa yang berlaku, suka pada perkara-perkara yang positif dan ceria.  Secara kebetulan memang akak dah apply cuti ni lama kononnya nak bercuti sama-sama dengan anak-anak sempena cuti sekolah. Tapi perancangan Allah yang sebaik-baik perancang, dijui sedikit supaya berehat lama.  Alhamdulillah…

Penghibur di rumah setiap hari tak pernah jemu dengan mereka ni.

Teman Penghibur

Tupai ni yang kami namakan Jack, memang suka terlompat-lompat bila nampak akak balik kerja.  Macam biasa, yang pertama akak akan buat ialah bagi makan Jack dulu. Dia ni suka makan. Semalam akak bagi makan ubi manis. Bukan main seronok lagi. Sesekali kena tukar-tukar jenis makanan dia.  Lepas makan masuk rumah kayunya berehat. Satu yang akak suka tengok, bahagian dalam rumah kayunya bersih yer.  Ada alas yang akak letak, setiap pagi Jack akan bawa keluar dan campak-campak seperti bermain bola, lepas tu dia akan masukkan semula dalam rumah kayunya.  Lagak seperti membersihkan hamparan daripada habuk.


Teman Penghibur

Si Oyen tinggal sendirian sekarang ni. Teman Oyen dah menghilang tak tahu ke mana.  Puncanya Oyen juga. Nak jadi abang long kawasan, dihalaunya kawan seekor lagi tak tahu ke mana. Puas dicari dan di tunggu tak balik-balik.  Biasa gitulah kalau ada lebih dari seekor kucing jantan di rumah.  Mesti bergaduh dan akan ada yang mengalah keluar.  Oyen memang tak ke mana dah, pusing-pusing kawasan rumah jaga kawasan.


Teman Penghibur

Burung-burung ni pun seronok dilayan. Menghiburkan di waktu pagi. Riuh berkicau berlawan-lawan. Ada beberapa ekor lagi tapi yang tinggal ni tidak jinak dipegang. Cuma rajin layan berkicau.

Seronok melayan penghibur-penghibur ni.  Tak pernah jemu dengan mereka ni.  Hilang rasa sakit.  Bila diuji dengan kesihatan, kena buang semua aura negatif, kena fikir yang positif-positif selalu.  Ada masa cuti panjang ni, buatlah apa yang boleh menggembirakan diri.

Apa pelan korang cuti panjang ni?  Yang ada anak bersekolah, mesti seronok boleh menghabiskan cuti-cuti dengan anak-anak, mengumpul memori sebanyak mungkin.




0 Comments