Menu Sihat Sesuai Untuk Sarapan Pagi.  Korang jangan marah tau, akak asyik post pasal makan saja.  Simpan sini sebagai rujukan akan datang.  Akak kalau hilang idea memasak memang selalu akan tengok balik entry-entry yang lepas,  tengok gambarpun kadang-kadang boleh jadi teringin nak buat dan makan.

Setiap pagi memang tugas akak sediakan sarapan. Biasanya sarapan ni akan jadi bekalan akak ke pejabat dan anak-anak yang bekerja.  Dah jadi rutin harian kami yang bekerja ni, bawa bekal setiap hari.  Kalau tak ada bekalan tu rasa macam tak complete.  Mak ni pulak kadang-kadang keputusan idea juga nak masak apa, maka akan cari en suami untuk menyumbangkan idea bernas. Ya, kalau bab masakan dan makanan, idea en suami jarang mengecewakan.

Malam semalam rasa macam nak makan di kedai sahaja.  En suami tak nak makan sebab dah makan waktu petang semasa balik dari kebun.  Tinggalkan kami empat beranak ni cari makan, singgah kedai makan dekat sebelahnya ada Mydin.  Oleh kerana en suami tak nak makan maka akak pun mintalah dia masuk Mydin cari beberapa barang yang dah habis di rumah, sambil tu pesan juga, carilah apa-apa yang boleh akak masak untuk sarapan pagi esok.

Tak lama pun en suami memilih barang, kalau akak masuk sekali mesti penuh troli jadinya.  Macam tulah mak mak kan.  En suami kata  - dah beli roti, salad, tomato, isi ayam dan barang-barang yang akak pesan.  Katanya - esok buatlah sandwich ayam. Isi ayam tu marinate sekejap, bakarkan atas pan.  Lepas tu hiris-hiriskan letakkan atas roti berserta dengan salad, tomato, jeruk timun (pickle)  dan bahan-bahan yang sesuai.  Haaa....kan dia punya idea  memang bernas !

Maka terjadilah Sandwich ayam versi kami pagi tadi. Simple, yang penting sihat dan sedap.  

menu sihat, selera roti, menu ayam, menu anak-anak suka

menu sihat, selera roti, menu ayam, menu anak-anak suka

Suka guna roti ni bila buat sandwich. Roti summerset Cottage Gardenia ni dengan bijirin.  Makan begitu saja pun sedap. Sapu butter dan jem pun sedap. Tapi susah jua nak jumpa roti ni.

menu sihat, selera roti, menu ayam, menu anak-anak suka

Bahan-bahan lain - salad, tomato, pickle dan yang tak nampak dalam gambar - sos dan mayonis.

menu sihat, selera roti, menu ayam, menu anak-anak suka

Isi ayam tadi dah perap sekejap dengan mix herb, sedikit garam dan sos tiram.  Ikutlah apa yang ada di rumah. Letak sedikit minyak atas pan, bolehlah pelan-pelan letakkan isi ayam tadi.


menu sihat, selera roti, menu ayam, menu anak-anak suka

Kepingan roti yang dah siap sedia menanti. Roti ni ada bijirin sampai bahagian dalamnya.  Tapi kalau tak ada yang ni, roti biasa pun boleh.  Kadang-kadang akak beli roti burger aje buat stok.  Bila ayam dah masak korang susunlah dengan salad, tomato, pickle dan apa sahaja yang korang rasa sesuai. Satu set sandwich ni boleh buat kenyang sampai tengahari.

Pagi ni hujan di sini.  Tempat korang macamana?



0 Comments