Singgah Makan di Food Court Larut Matang TaipingFood Court Larut Matang ni bukanlah lokasi baru.  Ianya dah lama ada dan antara lokasi makanan yang selalu jadi kunjungan terutama mereka yang dah lama kenal bandar Taiping ni.  Antara makanan yang popular di sini ialah popia basah, mee goreng mamak, murtabak dan lain-lain lagi.  Dulu masa anak-anak kecil selalu juga kami singgah makan di sini bila ke Taping.  

Semalam singgah di sekolah Dikwan untuk menonton perlawanan kriket di mana sekolah Dikwan menjadi tuanrumah untuk pusingan pertama ni dan Dikwan antara wakil pemain untuk sekolah.  Menurun minat abang Irfan, masa Irfan di sbp pun beliau adalah wakil sekolah, daerah dan seterusnya wakil negeri untuk kejohanan MSSM.  Nampak macam Dikwan pun dah mengikut jejak langkah abangnya.


makanan viral, jalan-jalan cari makan di taiping, taiping bandar warisan, makanan sedap

Team perempuan dan lelaki berjaya melangkah ke pusingan seterusnya.  Kedua-dua pasukan johan kumpulan masing-masing.  Lepas ni makin sibuklah Dikwan dengan latihan kriket sebab pusingan berikutnya, pasukan hebat-hebat juga.


makanan viral, jalan-jalan cari makan di taiping, taiping bandar warisan, makanan sedap

Si abang teringat zaman berlari di padang la ni.  Cuma padang berbeza.  Kalau dapat pegang kayu pemukul tu memang seronoklah tu.  Akak ni sentiasa menyokong sukan apa pun yang anak-anak suka, sambil-sambil tu belajar jugaklah cara kiraan markahnya.  Mengikut ibu jugaklah budak-budak i. Masa di sekolah dan U dulu akak main sofbol tapi masih lagi permainan yang menggunakan kayu pemukul dan bola.

Selesai game, tunggu Dikwan kemas-kemas, mandi dan kami bawa keluar sekejap. Alang-alang dah parent datang dari jauh, bawalah keluar makan sekejap dan singgah farmasi belikan ubat sebab Dikwan mengadu rasa tak sedap badan nak demam.  Dah tiga hari berjemur di padang.


makanan viral, jalan-jalan cari makan di taiping, taiping bandar warisan, makanan sedap

Food court ni ramai orang juga masa kami singgah.  Mungkin cuaca hujan, masing-masing lapar dan mana yang sedang makan memang tak boleh ke mana sebab hujan makin lebat.  Food court ni ada bahagian kedai-kedai kecil di tingkat atas.  Kata en hubby ada pelbagai jualan bundle, pakaian dan lain-lain juga di tingkat atas tapi tak berkesempatan nak singgah sebab nak mengejar masa.  Mungkin lain kali kami singgah.


makanan viral, jalan-jalan cari makan di taiping, taiping bandar warisan, makanan sedap

En Hubby order mee goreng mamak daun pisang.  Sedap ! Katanya mee goreng ni viral di sini.  Portion dia besar yer, kami makan kongsi-kongsi. Beli dua pinggan tapi satu pinggan bungkus untuk Dikwan bawa bekalan.  


makanan viral, jalan-jalan cari makan di taiping, taiping bandar warisan, makanan sedap

Kalau korang singgah di food court ni, cari gerai no 26 dan cubalah rasa mee goreng mamak ni.  Selain mee goreng ni, di bahagian depan ada popia basah popular juga.  Memang setiap kali singgah, kami takkan lepaskan peluang beli sebungkus. makan satu pun rasa kenyang.  Boleh juga order murtabak daging atau ayam.  Inilah antara menu yang kami selalu order bila singgah sini.

Selesai semua, singgah masjid untuk solat, singgah farmasi beli ubat terus hantar Dikwan balik asrama dan kamipun terus bergerak balik.  Tapi sebelum balik singgah makan kenduri dulu.


0 Comments