Setelah Hampir 5 Tahun Tidak Ke Bukit Bendera.  Nama saja tinggal di Kedah, kerja di Penang, tapi jarang-jarang sekali kami terjah ke lokasi pelancongan atau tempat-tempat viral. Hujung minggu lebih suka bersantai di rumah, selesaikan apa yang patut. Kalau boleh tak mahu terlibat dengan mana-mana kesesakan di jalanraya.  Kali ini terjah juga Bukit Bendera bersama rakan sekerja atas kebenaran - team engagement di luar pejabat.  Best korang bila pengurusan beri kebenaran keluar waktu kerja. 

Ni  entry lontar belakang.  Bolehlah bantu kot-kot korang nak terjah mai Penang bila-bila ada kesempatan nanti.


Bukit Bendera Kami Datang !

Lama plan nak bagi jadi, asyik ada kekangan saja.   Bila ada kesempatan dan peluang, kena terus grab.  Maka bersantailah kami di Bukit Bendera dari pagi bawa ke petang.  Ambil masa 2-3 hari sahaja untuk dapatkan kebenaran bos, bincang kenderaan nak guna, tempat berkumpul, nak pakai baju apa dan apa aktiviti yang nak dibuat di sana nanti.

Selepas hampir 5 tahun akak tak ke Bukit Bendera, memang nampak banyak juga perubahannya.  Lebih cantik, lebih banyak tempat nak ootd, lebih banyak tempat nak rehat-rehat, ada beberapa cafe dan tempat makan selain daripada foodcourt dan macam-macam lagilah.  

Perjalanan naik ke atas Bukit Bendera sekarang pun dah makin cepat. Tak macam dulu keretapi bergerak perlahan.  Tapi bila laju ni, tak sempat nak menikmati pemandangan. Zasss...tau-tau dah sampai atas.  

Kalau korang nak dapatkan 10 ribu langkah, memang senang-senang je boleh dapat bila ke Bukit Bendera ni.  Larat dengan tak larat nak menapak saja.


Bercerita Dengan Gambar !

tempat menarik di Pulau Pinang, jalan-jalan pulau pinang, tempat viral, tempat menarik

Sebelum bergerak naik ke Bukit Bendera, kena isi perut dulu.  Oleh kerana kami bergerak dengan satu kenderaan sahaja maka lebih mudah nak ke sana ke sini.  Singgah di salah satu port makan popular di pulau iaitu di Taman Tun Sardon.  Kalau korang nak tahu di sini memang tempat sarapan yang menarik kerana ada bermacam-macam jenis juadah. Antaranya roti jala (orang utara panggil roti surai), roti bakar, nasi lemak, serabai, kuih muih dan màcam-macam lagilah.

tempat menarik di Pulau Pinang, jalan-jalan pulau pinang, tempat viral, tempat menarik

Kalau hari biasapun kena beratur panjang, hari cuti apatah lagi.  Inipun sampai agak pagi juga lah.  Beraturlah menunggu giliran.  Beramai-ramai tidaklah terasa lama sebab sibuk bergambar dan berbual-bual.  Harga tiket dengan mykad/mykid korang boleh check kat sini ---> Penang Hill


tempat menarik di Pulau Pinang, jalan-jalan pulau pinang, tempat viral, tempat menarik

Awal-awal dah nampak ni tapi kami tak singgah pun, perut masih kenyang lagi.  Cadangnya nak beli nanti, tapi dek kerana penat , waktu balik macam tak nampak dah gerai ni. 

tempat menarik di Pulau Pinang, jalan-jalan pulau pinang, tempat viral, tempat menarik

Pemandangan dari atas Bukit Bendera.  Kalau hari cerah, memang boleh nampak Seberang Perai. Suka sangat kalau dapat abadikan gambar-gambar pemandangan daripada view tinggi ni.  

tempat menarik di Pulau Pinang, jalan-jalan pulau pinang, tempat viral, tempat menarik

tempat menarik di Pulau Pinang, jalan-jalan pulau pinang, tempat viral, tempat menarik

tempat menarik di Pulau Pinang, jalan-jalan pulau pinang, tempat viral, tempat menarik

tempat menarik di Pulau Pinang, jalan-jalan pulau pinang, tempat viral, tempat menarik

tempat menarik di Pulau Pinang, jalan-jalan pulau pinang, tempat viral, tempat menarik

tempat menarik di Pulau Pinang, jalan-jalan pulau pinang, tempat viral, tempat menarik

tempat menarik di Pulau Pinang, jalan-jalan pulau pinang, tempat viral, tempat menarik

Memang tak sah kalau tak bergambar sebab banyak tempat yang cantik.  

tempat menarik di Pulau Pinang, jalan-jalan pulau pinang, tempat viral, tempat menarik

Dah lepas posing sana sini, perut pun berbunyi-bunyi merdu.  Tapi dek kerana penat berjalan, walaupun terasa lapar tapi dahaga lebih terasa.  Teringat-ingat ABC macam-macam rasa di foodcourt Bukit Bendera ni.  Apa lagi, jangan lepaskan peluang.  Pilih dua tiga rasa, makan kongsi-kongsi.

tempat menarik di Pulau Pinang, jalan-jalan pulau pinang, tempat viral, tempat menarik

Untuk pengetahuna korang juga, selain daripada foodcourt yang ada, korang boleh juga menikmati sarapan atau hidangan pemanis mulut yang sedap sambil menikmati hirupan air kopi di cafe Kopi Hutan.  Kalau nak ke sini, samada korang berjalan kaki atau korang boleh menaiki buggy yang disediakan.  Kami naik satu buggy berempat dengan bayaran RM30. Kalau korang ada tenaga lebih atau santai-santai nak menikmati pemandangan, boleh berjalan kaki sampai ke cafe.  

Sekiranya korang bercadang nak berhenti minum sambil berehat-rehat, selepas selesai mengopi korang boleh menaiki jeep tuan kedai untuk kembali ke tempat korang naik buggy tadi.   Kami sekadar bergambar sahaja di sini so tak bolehlah nak cerita lebih terperinci tentang cafe ini.  Tapi nampak macam menarik makanan yang dijual. Boleh mengopi sambil menikmati flora dan fauna di situ.

Puashati walaupun penat. Nanti nak repeat semula dengan family pula.







0 Comments