Dah lama tak buat kek coklat. Bukan kek coklat saja malah kuih muih, roti pun akak dah lama tak buat.  Kat rumah kena sentiasa ada stok makanan untuk kudap-kudap tak kiralah biskut, kek atau apa saja.  Idea nak buat kek coklat ni bermula bila en hubby tiba-tiba mesej satu resepi kek coklat kat akak. Resepi sangat mudah, nak buat pun mudah sangat. Tengok senarai bahan-bahannya, hampir semua ada kat rumah kecuali serbuk koko.  Secara kebetulan abang irfan call nak balik rumah sekejap. Maka en hubby pun dengan pantas selepas ambil abang irfan di kolej terus singgah beli barang yang tiada.

Bahan-bahan Dan Cara Sediakan Kek Coklat Moist Sedap


resepi kek coklat, kek coklat moist sedap,  resepi mudah disediakan, kek coklat


1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak
3 biji telur

* semua bahan di atas, korang masukkan ke dalam blender saja. Blend dalam masa 5 minit.

1 1/4 cawan tepung gandum (akak guna tepung superfine)
1 sudu kecil serbuk bikarbonat
1 sudu kecil baking powder

* 3 bahan di atas ni korang ayak pelan-pelan

Seeloknya gunalah cawan yang sama semasa menyukat dan bila basuh pastikan dilap kering.

Lepas tu masukkan campuran yang korang dah blender tadi ke dalam tepung. Kacau secara kaup dan balik.  Akak guna whisk aje kalau bagi rata dan sebati. Sebelum tu korang sediakan loyang yang telah disapukan sedikit mentega keliling bekas. Boleh juga letakkan kertas alas. Tapiskan campuran tadi ke dalam loyang supaya teksturnya tidaklah berketul-ketul.

resepi kek coklat, kek coklat moist sedap,  resepi mudah disediakan, kek coklat


Pastikan juga korang dah panaskan over terlebih dahulu.  Lepas tu masukkan loyang tadi ke dalam oven.  Akak guna suhu 175C dan bakar selama 40 minit.  Dalam resepi asal bakar 45 minit.  Bergantunglah pada oven masing-masing. Respi yang sama korang boleh juga kukus, nanti jadilah kek kukus coklat.

Kali pertama buat, en hubby yang adunkan semua  sebab dia dah teruja pertama kali buat kek sendiri.  Bagilah peluang. Bila jadi elok, mulalah ketagih nak buat lagi. Hasil yang pertama ni dapatlah abang irfan bawa balik kolej.  Selang sehari kami buat lagi sebiji. Kali ni rezeki kak amira pula bawa balik asrama.

Minggu lepas buat terus 2 biji sebab kak afiah nak bawa untuk jamuan raya kelasnya.  Kali ni siap ada coklat ganache sekali.  Akak buat cara mudah sangat. Panaskan sekeping besar coklat masakan dan campurkan dengan separuh buku butter.  Kacau guna kaedah double boiler.   Dah cair, biarkan sekejap sebelum taburkan atas kek.  Sedap juga !


resepi kek coklat, kek coklat moist sedap,  resepi mudah disediakan, kek coklat
Yang ni kek yang kak afiah bawa ke sekolah. Curah coklat ganache nipis ja bahagian atas.  Lepas ni en hubby kata boleh belajar deco buat kek birthday pulak.  Boleh je, nanti kita buat ye bang !


Terima kasih pada yang kongsi resepi ni di fb.  Akak pun dah share dengan kawan-kawan yang berminat. Kata orang ilmu yang baik, eloklah dikongsi supaya semua mendapat keberkatannya.

Korang pun boleh cuba. Sedap kek ni dan senang cara penyediaannya.  
Ni en hubby dah bagi hint suruh buat roti pulak.  Tunggulah bila tahap kerajinan tu bertambah balik boleh lah akak menguli.

6 Comments

  1. tq share, resepi nampak mudah, lepas tu bahan2 pun senang nak dapat kat pasaraya.
    nnt nak try pula resepi ni .... cawan tu, pakai mug yang biasa guna untuk bancuh minuman panas eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau guna mug..semua sukatan kena guna mug yang sama. saya guna cawan biasa yang guna untuk minum air panas.

      Delete
  2. terbaek.. febret ejulz ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. senang je nak buat nanti ejulz cubalah yer..

      Delete
  3. Sedaaaaaaaaaapnya, tak sabar nak cuba...

    ReplyDelete
    Replies
    1. silalah mencubanya zumal...senang sangat

      Delete