Resepi Mudah Masak Ikan Pari Air Asam

Sunday, July 08, 2018

Terbiar lesu blog ni dah hampir seminggu.  Beberapa hari lepas akak kurang sihat, tiba-tiba. Tulah orang kata sakit nak datang sekejap je tapi nak pergi memang ambil masa. Hampir 4 hari juga akak dapat cuti sakit. Alhamdulillah dah semakin sihat dan boleh dah menulis kat sini.  Bila badan tak sihat, kalau menulis mesti aura sedih aje nanti sebab tu akak tak update blog. Bagi badan sihat dan kita boleh share perkara-perkara positif. Kan?

Sepanjang kesihatan kurang baik minggu ni, selera makan memang agak kurang. Puas mencari menu yang sesuai baru buat dan makan cepat-cepat lepas masak.  Mujur ada en hubby yang rajin nak melayan.  Ada sekali tu en hubby bawa balik seekor ikan pari sederhana.  Biasanya kalau beli ikan memang en hubby akan siang sendiri kat rumah. Seekor pari yang en  hubby beli tu boleh buat 2 atau 3 kali masak. Dalam kepala dah terbayang ikan pari masak asam pedas dan kari.  Tapi disebabkan badan yang kurang sihat dan tak larat nak berlama di dapur, en hubby pun kata jom kita masak yang simple aje.  Dah lama tak masak lauk yang satu ini - Ikan Pari Rebus Air Asam.

Resepi Ikan Pari Rebus Air Asam


Yang ni paling senang nak masak, serupa macam masak mee segera, 5 minit siap.  Nak share resepi pun segan tapi untuk rujukan anak-anak kemudian nanti akak share juga.

Beberapa potong ikan pari ( ikan kembung pun boleh juga) - pastikan ikan segar baru rasa dia mantap
pes asam jawa
belacan bakar (sebesar ibu jari)
hirisan bawang besar
hirisan tomato
hirisan cili padi
perahan air limau nipis
gula dan garam secukup rasa

Nak buatnya senang.  Korang rebus ikan tu. Agak-agak dah masak, masukkan pes asam jawa, belacan bakar, bawang, tomato, cili padi, air perahan limau dan garam serta gula.  Kacau-kacau dan rasa masin, masam, manis ikut selera korang.  Pastikan ikan terendam sikit dalam kuah dan lepas tu bolehlah dihidangkan panas-panas.  


resepi mudah ikan pari, masakan mudah, menu simple, ikan pari


Inilah hasilnya.  Nampak menyelerakan dan memang berselera akak makan.  Korang boleh juga rebus telur dan masukkan dalam kuah asam tersebut.  Kalau bulan puasa, telur rebus air asam pun sedap dimakan. Kalau dengan telur rebus memang berebut-rebut dengan anak-anak !

You Might Also Like

7 comments

  1. Sedapnyaa nampak air asam akak ni, terliur pulak tengok. Heheh. Nak buat jugaklah nanti.

    ReplyDelete
  2. Menyelerakan.. mmg sedap buat sajian sekeluarga especially time hujung minggu mcm ni :)

    ReplyDelete
  3. Mudahnya resipi ni. Nak gantikan mana-mana ikan/seafood pun boleh juga ya? :D

    ReplyDelete
  4. Jemput join segmen ejulz jika belum join :)
    https://ejulz.blogspot.com/2018/07/segmen-tambah-duit-dengan-kerja-partime_1.html

    Entry terkini :
    http://ejulz.blogspot.com/2018/07/8-jul-2018-majlis-tahlil-arwah.html
    http://ejulz.blogspot.com/2018/07/surat-cinta-daripada-allah-tentang-solat.html
    http://ejulz.blogspot.com/2018/07/sesi-blogwalking-julai-tamat-hati-senang.html

    ReplyDelete
  5. Tengok menu ni teringat arwah tokwan, fevret dia pari masak asam ni...

    ReplyDelete
  6. Lagi kalau dibakar cicah kuah asam pergg.. Sedap

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook