Resepi Mudah Sediakan Sandwich

Friday, May 04, 2018

Cuti hujung minggu datang lagi.  Biasanya bila hujung minggu rutin utama akak ialah mengemas rumah, basuh cadar, tuala mandi dan baju-baju, lipat baju, iron baju dan tentunya memasak.  Jumaat malam dah kena susun - nak masak apa, apa task yang nak kena buat dulu sampailah habis.  Kalau mula awal, belum tentu habis awal jugak sebab mesti ada macam-macam gangguan yang datang.

Hari cuti sarapan mesti berat sikit.  Sarapan biasanya akan merangkap makan tengahari juga sebab masing-masing bukannya tahu nak makan awal. Akak pula kalau dah mula buat macam-macam kerja, selalunya memang tak makan tengahari. Jadi memang perlu ambil sarapan yang agak berat sedikit.


sandwich, resepi mudah sandwich, mudahnya menyediakan sandwich tuna, sandwich telur


Salah satu yang akak suka buat ialah sandwich.  Tak kiralah apa jenis sandwich pun - tuna, telur, sardin ataupun roti planta kaya.  Pernah satu ketika, akak begitu `admire' pada mereka yang buat jualan sandwich dengan packing cantik, kemas dan hasil yang menarik.  Bak kata en hubby, makanan yang kita masak kadang-kadang tak sedap sangat pun tapi bila kita mampu tunjukkan `presentation' atau hidangan yang menarik, benda tak sedap pun akan nampak menarik.

Buat sandwich je pun ! Tapi kena juga tahu skil nya untuk bukan sahaja nampak menarik tapi sedap bila dimakan. Jom akak sharekan cara akak.

Resepi Sandwich Tuna


1 tin tuna tcboy / cap ayam atau apa-apa cap sekalipun
planta
mayonis
salad/tomato
Roti 
Limau nipis / lemon
Sos cili

Cara penyediaannya:

Campurkan tuna dengan mayonis dan lenyekkan.  Kemudian perahkan sedikit air limau , jangan banyak sangat nanti masam pulak rasanya.  Akak gunakan 3 lapisan roti.  Lapisan pertama, sapukan planta pada roti. Kemudian atasnya letakkan tuna yang telah digaulkan dengan mayonis tadi.  Lapisan roti yang ditengah, sapukan planta di depan dan belakang bahagian roti.  Selepas sapu campuran tuna, letakkan kepingan kedua roti yang telah disapu dengan planta, diatasnya susunkan salad dan potongan tomato.  Sebelum letakkan kepingan ketiga roti, korang letakkan dahulu campuran mayonis dan sos cili diatas potongan tomato dan salad.  Last sekali lapikkan dengan kepingan terakhir.

Cara nak potong pun kena tau juga.  Sebaiknya guna pisau yang tajam dan boleh buat sekali potong sahaja. Ini untuk mengelakkan kepingan roti jadi penyek.  Ikutlah korang nak potong dua, potong empat, potong panjang, potong tiga segi, tak potong pun tak apa.  Akak suka potong kepada empat bahagian.  Mudah nak hidang ataupun mudah nak pack kalau nak bawa ke mana-mana.

sandwich, resepi mudah sandwich, mudahnya menyediakan sandwich tuna, sandwich telur


Untuk sandwich telur pula, rebus dahulu telur. Selepas tu lenyekkan telur bersama-sama dengan mayonis.  Lain-lain caranya sama seperti di atas. Biasanya bila buat sandwich ni kena guna satu bungkus jumbo dan satu bungkus biasa roti.  Sekali 6 orang ngap...sekejap aje habisnya.

Cubalah korang buat...mesti anak-anak suka.


You Might Also Like

8 comments

  1. benda yang semudah ni pun kalau tak rajin, tak jadi gak kan. macam akak. hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betullah tu...saya selalu buat bila tengok ada stok roti tak habis

      Delete
  2. sedap2, selalu dekat umah klau malas time weekend gini je kak..
    sarapan+lunch sekali..hihi..

    ReplyDelete
  3. sedapnya sandwich.kalau makan tak sedar berkeping-keping telan.
    Janji Kita

    ReplyDelete
  4. Sedapnya sandwich telur. All time favourite.

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook