Dah Bersediakah Untuk Bercuti

Monday, October 30, 2017

Menghampiri cuti sekolah tak lama lagi mesti korang yang dah berkeluarga dan ada anak-anak bersekolah dah mula merancang percutian akhir tahun. Ke mana destinasi hujung tahun nanti?  

Perkara Yang Perlu Difikirkan Sebelum Bercuti


Kalau memang dah jadi program tahunan keluarga, jadi dari awal biasanya korang dah tentu membuat perancangan. Tapi kalau akak, memang jarang sangat merancang perjalanan, selalunya adhoc.  Bila adhoc ni, faham-faham ja lah mesti belanja akan jadi lebih tinggi.  Oleh itu, bagi korang yang macam akak ni, sebelum memilih tenpat bercuti, kenalah ambilkira beberapa perkara.



percutian keluarga, family vacation, plan bercuti, perancangan keluarga



1. Tengok budget dulu. Berapa peruntukan yang boleh diketepikan untuk percutian keluarga.  Peruntukan perlu mengambil kira perbelanjaan selepas pulang bercuti.

2. Pilih destinasi.  Biasanya selepas ada peruntukan, baru akak tentukan destinasi percutian. Kalau budget sikit maka lokasi pun dekat-dekat sahajalah.

3. Tetapan lama percutian. Dah ada lokasi barulah fikir pulak berapa hari nak bercuti. Biasanya kalau hujung tahun akak akan ambil cuti lama sedikit. 

4. Tetapan tempat menarik untuk dilawati.  Setiap lokasi yang dipilih mesti ada tema percutian. Samada nak bertemakan cuti semata-mata, bercuti sambil berjalan atau bercuti sambil bershopping.  Semuanya akan memerlukan budget yang berbeza.  Family akak selalunya akan memilih bercuti sambil berjalan. Berjalan pula termasuklah episod jalan-jalan cari makan.

5. Pengangkutan ke tempat percutian. Ada yang suka menggunakan pengangkutan awam. Lagak gaya back packers. Teringin juga buat begini suatu hari nanti. Tapi sekarang akak lebih suka guna kenderaan sendiri. Mudah pergerakan dengan anak-anak. Nak bawa barang-barang pun mudah.

Apa lagi? Cukup 5 dahulu. Akak pun belum buat sebarang perancangan. Kena tunggu result exam anak-anak dulu. Macam-macam nak kena buat lepas tu.  Jalan dekat-dekat sajalah nampaknya.

You Might Also Like

23 comments

  1. nice info lah ni kan...yelah cuti sekolah pun xlma lagi dah...seronoknya

    ReplyDelete
  2. Cuti jangan tak cuti. Masa boleh jalan kita jalan nanti dah tua tua sakit sana sini..susah dah. Great tips!

    ReplyDelete
  3. yes almost year end! time for bercuti! cuti cuti malaysia~~ haha

    McD Storytelling Contest 2017

    ReplyDelete
  4. Waktunya liburan hhe. Biar otak fresh lagi dan semangat

    ReplyDelete
  5. Betul tu. Mesti kene check budget dulu. Tak dapat pergi jauh-jauh, kita pergi yang dekat-dekat je.

    ReplyDelete
  6. yay hujung tahun dah! boleh pergi bercuti lah nanti bestnya. thnkyou for the tips!

    ReplyDelete
  7. Betul tu. Sebelum buat apa2 wajib plan dulu. Terlebih guna bajet susah nanti. Tapi tula time cuti sekolah ni confirm ramai nanti hihi

    ReplyDelete
  8. Samalah kak,Marsha pun jenis adhoc. Kena bercuti ikut bajet juga...hihihi

    ReplyDelete
  9. Bagus tips ni. Tapi yang pertama kena buat kalau nak pergi bercuti ialah simpan duit kan. Sekurang-kurangnya ada bajet. Lokasi percutian walaupun dalam Malaysia tetap best.

    ReplyDelete
  10. Love your tips sharing here for holiday planning : ) Ha...Ha...I wanna plan mine very soon, cant wait for my year end holidays. Cheers,siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  11. nezt year mayb kena p cuti gak tp cuti keluarga.. jika diberi rejeki dan umir yg panjang amhu nak lawat makam Rasulullah..

    ReplyDelete
  12. Setuju ! Tak pe jenjalan dekat2...tapi kualiti masa bersama tu yang kita nak

    ReplyDelete
  13. Sis memang suka plan awal-awal untuk bercuti dengan keluarga, tak kiralah dalam negara atau luar negara. Selalunya awal tahun dah buat perancangan untuk akhir tahun, murah sikit tiket flight...hehehehe

    ReplyDelete
  14. Great tips! Agree that budget is the main priority when planning for a vacation.

    ReplyDelete
  15. Ai is tazzabar nak bercuti hujung tahun..very da!
    Cuti tahun simpan siap-siap untuk bawak anak-anak bercuti, dan AS main kutu, pilih turn bulan 11 semata-mata nak topup bajet untuk bercuti. Gigih kan ibu diorang hehe

    ReplyDelete
  16. Uwahhhhhh tak lama lagi nak cuti sekolah la pulak T-T

    ReplyDelete
  17. tak pernah lagi melancong ke luar negara.. pasport pon tak wujud lagi..hahaha.. lamaa rasanya tak pergi bercuti sebab terlalu bizi dengan kerja dan sewaktu dengannya.. kene set time jugak ni nak bawak ank-anak pergi bercuti.. yang dekat dekat pon ok jugak kan..

    ReplyDelete
  18. As a student susah sikit nak jejalan.. Lagipun budget pun better guna utk education dulu. Anyway great tips kak, lps dah kerja nanti plan nak juga bawa family melancong hihi

    ReplyDelete
  19. Akhir tahun yang paling akak selalu sedih sebab nengok orang sume bercuti kecuali akak huhu.. nak kena wat perancangan macam ni lah baru dapat merasa cuti, kan

    ReplyDelete
  20. Dah hujung tahun.. Selamat Bercuti-cuti Uols!

    ReplyDelete
  21. Terus rasa nak pi bercuti lagi...

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook