Akak bukanlah baker yang terror. Selalunya buat kek atau kuih main try and error je. Setakat ni alhamdulillah tak pernah mengecewakan.  Cukuplah untuk makan anak-beranak.  Satu lagi akak ni kalau nak buat kuih muih dan kek semua ni suka cari resepi yang mudah dan tak renyah.  Kalau boleh tak nak berlama-lama di dapur.  Kawan-kawan yang faham dengan perangai akak ni memang rajinlah share resepi-resepi yang ringkas tetapi sedap.

Kek Pandan Sedap

Senang kan nak bagi nama..hehehe.  Resepi ni akak dapat daripada ex roomate akak masa di usm dulu.  Kami memang rapat sampai sekarang, kalau boleh biar ianya kekal selama-lamanya.  Dah lama tersimpan dalam hp akak resepi ni.  Asal teringin nak buat aje mesti ada barang utama yang takde, so rancangan pun tergendala sebentar.

Bila cuti dok mengadap rancangan masakan di tv, rasa nak membaking tu meluap-luap pulak.  Memang berazam, camna pun nak kena buat jugak kek pandan ni.  tengok-tengok bahan, kali ni semua ada......hhhhaaaa...misi mesti jadi.  Awal-awal dah suruh kakak ambil daun pandan kat luar rumah.


Bahan-bahan pun senang nak dapat :



resepi kek ringkas, resepi kek mudah, kek sedap, resepi kek sukatan cawan, kek pandan


3 biji telur
3/4 cawan air pandan (ambil 4-5 helai, kisar dan tapis ambil airnya) 
2 cawan gula pasir - akak cadangkan guna 1 1/2 atau 1 3/4 cawan dah memadai)
1 cawan minyak - akak guna minyak jagung

Kesemua bahan ni masukkan dalam blender dan blend selama 4 - 5 minit, sampai kembang.

2 cawan tepung
1 sudu kecil baking powder

Bahan ni korang ayak bersama-sama.

Pastikan loyang yang korang nak guna dah siap-siap disapukan dengan minyak dan alas dengan kertas supaya tidak melekat.  Hari tu akak tak alas kertas so kek tu melekat sikit.

Kemudian korang letakkan bahan yang dah blend tadi dalam satu bekas lain. Sedikit sedikit masukkan tepung tadi dan gaul sebati. Akak gaul guna whisk lebih mudah. Masukkanlah tepung tu sampai habis.



resepi kek ringkas, resepi kek mudah, kek sedap, resepi kek sukatan cawan, kek pandan


Dah selesai semua, masukkan adunan dalam loyang dan bakar selama 50 minit dengan menggunakan api atas dan bawah.  Korang jangan lah pulak lupa panaskan dulu oven tu. Akak guna suhu 175C.


resepi kek ringkas, resepi kek mudah, kek sedap, resepi kek sukatan cawan, kek pandan


Inilah hasilnya kek pandan yang akak buat.  Kalau korang nak warna hijaunya naik, boleh masukkan sedikit pewarna hijau.  Kalau guna air pandan sahaja tak berapa naik warnanya tapi baunya memang sedap.  Makan masa panas-panas pun sedap. Sebiji ni tak cukup yer untuk akak anak beranak. Tak sangka pula semua suka.  Nanti boleh buat lagi.

12 Comments

  1. nampak pun dah sedap sis... rajinnya membaking... homeade cake mmg sedap wlupun simple mkn x puas kan... hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap. Ada waktunya rajin, bila rajin tu ambil kesempatan tambah ration untuk anak-anak..hehe

      Delete
  2. simple je bahan bahannya. boleh la cuba buat. kalau bahan byk tu yg malas haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye simple je bahannya dan cara buatnya. saya pun tak suka yang guna macam-macam bahan..haha

      Delete
  3. Sedapnyaa nampak ^^

    Singgah dari https://aimisyafiqah.blogspot.my/2017/08/we-made-it-babe.html

    ReplyDelete
  4. Senangnya resepi kek ne nak cuba jugak ;)

    ReplyDelete
  5. tengah membaq tak tahu la jadi ke tidak sy buat .harap ² jadi tq sis share resepi

    ReplyDelete