Sambil Menyelam Minum Air

Wednesday, April 06, 2016


Assalamualaikum wbt

Dua tiga hari ni rasa macam nak cerita pasal makan pulak. Tiba-tiba mood memasak datang walaupun simple-simple aje. Yang penting semua kenyang dan suka hati.  Hari-hari makan luar pun rasa tak seronok dah, tak tahu nak pilih apa. Tambah-tambah pulak bila keluar tu bukan setakat kos untuk makan, minyak kereta pun nak kena kira jugak.  Bukanlah kedekut tapi apa yang boleh jimat, kita jimatlah. 

Sabtu lepas kami ke KL lagi menguruskan penghantaran barang-barang ke rumah abang dan kakak sambil sambil tu cari jugak keperluan untuk packing barang jualan. Kira 2 in 1. Macam tulah bila en hubby kerja sendiri, kami anak beranak kenalah bantu sama bila ada kesempatan.  Yang ni nanti bila akak sedia dengan bahannya akan akak share kat blog ni.

Sambil-sambil bekerja, jumpa adik beradik dan kawan-kawan baru. Sambil-sambil tu test makanan yang sempat dibeli. Malam sabtu tu abang ipar bawa ronda ke Kampung Baru. Dah lama jugak akak tak singgah kat sini. Tengahmalam pun masih ramai orang yang mencari makan...termasuk kami..hahaha.

Sabtu petang singgah di area Gombak, akak dah lupa nama kedainya. Sementara tunggu kawan hubby, pekena mee sup tulang ni dulu. Nampak sedap kan?....Alhamdulillah kenyang sampai malam. 

sambil menyelam minum air, mee sup tulang, makan-makan
yummy!!!


Singgah rumah kakak ipar, makan lagi..kali ni mee goreng pulak. Destinasi terakhir, singgah rumah abang akak pulak. Dah pesan siap-siap tak nak makan, tapi adatlah kan bila  tetamu datang mesti nak hidangkan makanan jugak. Makan gado-gado dan popia basah pulak. Memang makan saja . 

Dah kenyang baru lah bergerak balik Kulim. Macam biasa, akak ambil slot pertama sampai RNR Tapah pas baton kat en hubby pulak. Seronok jugak bila bekerja sendiri ni. Peribahasa Melayu ada tertulis .....Sambil menyelam  minum air yang membawa maksud mencapai dua matlamat sekaligus dengan satu tindakan. Penat sikit tak apa yang penting bila ada kesempatan kami dapat buat aktiviti bersama-sama.

You Might Also Like

4 comments

  1. mee sup tulang! sedapnyaa :))

    ReplyDelete
  2. makan lah benda paling best dlm hidup...hehe

    ReplyDelete
  3. Dulu-dulu teringin nak keja sendiri tapi encik suami tak izinkan... Suatu hari nanti in sha Allah akan kejar juga cita-cita nak keja sendiri.

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook