Assalamualaikum wbt

Dah makan? Baru lepas lunch. Nasi putih dengan tomyam campur. Kenyang sudah!!!
Dah lama teringat nak makan tomyam campur baru hari ni berkesempatan. Nak buat sendiri tak ada bahan nak dicampurkan pulak..hehe

Minggu lepas teringin sangat nak makan rendang ayam. Terus beli sekor ayam potong-potong, masak. Lauk sehari punya. Amira kata dah macam hari raya pulak. Tak kiralah, yang penting menu sehari dah ada.  

Tak susah pun nak buat rendang ni. Konsep akak bila masak yang penting bahan utama kena ada. Yang lain-lain tu kita boleh ubahsuai mengikut apa yang ada. Cuma rasa mungkin lain-lain sikit.

Resepi Mudah Rendang Ayam Sedap

Resepi Rendang Ayam Mudah

Memang mudah ajer resepi ni. Akak copy daripada blog aziejaya.blogspot.my tapi masa masak akan ubah-ubah sikit la. Derhaka resepi gitu!! Terima kasih pada yang share resepi ni...memang sedap.

Bahan-bahan:
1 ekor ayam - potonglah ikut saiz yang korang nak
1 kilo santan @ 1 kotak santan - akak guna RM2 santan pati
2 sudu besar kerisik
2 helai daun kunyit - hiris halus. Akak tak letak daun kunyit tapi letak daun limau 
Minyak menumis
Asam keping

Bahan kisar :
20 tangkai cili kering dikisar @ 4 sudu besar 
2 labu bawang besar
2 inci kunyit hidup
4 batang serai
3 inci halia
3 inci lengkuas
2 biji buah keras - yang ni pun akak tak letak

Oleh kerana akak tak guna ayam kampung, ayam tadi tu akak goreng sekejap bagi kecut sikit. Tumis bahan kisar sehingga pecah lemak.  Baru masukkan ayam tadi. Biarkan sedikit kering dan masukkan santan. Masaklah dengan api yang sederhana sampai pekat dan pecah minyak. Jangang lupa masukkan kerisik dan daun kunyit yang telah dihiris tadi. Akak derhaka lagi, kerisik tu akak masukkan sekali masa masuk ayam tu. 

Tujuan akak goreng dulu ayam tu untuk mengelakkan ayam cepat hancur bila asyik dikacau. Kalau guna ayam kampung tak perlu goreng sebab isi ayam kampung tak mudah hancur.

Dah siap dan bolehlah dihidangkan. Akak buat sekali acar timun nenas. Habiskan stok yang ada. Acar tu mudah ajer....tak payah resepi la kotttt....

7 Comments