#Cabaran20Hari : Pengalaman Manis di Bulan Puasa

Thursday, July 02, 2015

#Cabaran20Hari

Assalamualaikum

Diam tak diam dah masuk cabaran hari yang ke 6.  Moga terus diberi idea-idea yang boleh dikongsi bersama.

Hari ke 6 dengan tajuk Pengalaman Manis di Bulan Puasa.
Banyak pengalaman manis semasa bulan puasa yang pernah di lalui.  Dalam banyak-banyak tu yang paling terkesan ketika mula mengajar anak-anak berpuasa.  Tiga orang anak aku mula di ajar berpuasa ketika usia 5 tahun.  Yang paling mudah diajar ialah anak aku yang no 2. Tak banyak kerenah, boleh ajer berpuasa walaupun ada juga keluhan lapar.  

Ketika hari-hari awal berpuasa, biasanya kami beri kelonggaran untuk anak-anak berpuasa setengah hari sahaja. Cuba juga lekakan mereka dengan ajak tengok tv, main games, nonton CD yang diminati atau yang paling mudah ajak mereka tidor lepas balik sekolah. 

Saat yang mengujakan dan menguji kesabaran ialah satu jam sebelum sampai waktu berbuka. Masa tu memang anak-anak ni dah tak ketahuan bangun duduk nya. Pernah satu hari abang irfan berlari keluar rumah sambil ditangan ada sekeping  biskut. Siap menyorok lagi tepi pokok sebab nak kunyah biskut tu. Berlari en suami mengejar. Bila dah seminggu berpuasa, biasanya anak-anak dah boleh sesuaikan diri. 

Masa sahur pun menarik juga. Minggu awal-awal, mudah ajer kejutkan anak-anak bersahur. Lepas tu mula buat perangai. Ada yang sampai kena suap makan dengan mata terpejam.  Macam-macam kerenah dengan anak-anak.

#cabaran20hari, cabaran ke 6
gambar google---tq


Bila diingat memang tergelak sendiri, sekarang ni masing-masing dah menginjak remaja. Tunggu pengalaman dengan Dik Wan pulak nanti...insyaAllah jika diizinkan.


Baca cabaran sebelum ini

You Might Also Like

6 comments

  1. menyorok tepi pokok.....kikikiiiii...mesti klaka masa tu

    ReplyDelete
  2. kan.. ;)
    bila dorang dah besar.. rindu dengan keletah dorang masa kecik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup aiza...teringat-ingat gelagat mereka masa anak-anak

      Delete
  3. comey jer kan tengok budak2 berpuasa =)

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook