#Cabaran20Hari - Kuih Raya Paling Best

Thursday, July 09, 2015

#Cabaran20Hari 

Assalamualaikum

Masih meneruskan cabaran!!

Kali ini berbicara tentang kuih raya paling best.
Kalau yang paling best dah tentu yang kita minat.  Kuih-kuih tradisional masih lagi mendapat tempat di hati walaupun tak tahu nak buat. Kalau dulu masa kecik-kecik memang rajin melayan mak buat kuih raya. Dulu mana ada beli-beli, semua buat sendiri, seronok rasanya seminggu menjelang raya, mak mesti sibuk sediakan bahan-bahan untuk buat kuih. Antara kuih yang menjadi kegemaran kami sekeluarga ialah kuih sepit, putu kacang dan bahulu. 3 jenis ni memang mak akan buat sendiri. Kak long dan kak ngah memang pembantu tetap mak masa tu, aku ....tukang makan ajer...hahaha..

Sebelum tu, gambar yang ada dalam entry ni semua aku ambik daripada google, terima kasih banyak-banyak pada penyumbang gambar..cantik-cantik gambar ni....

Kuih sepit

Ada orang panggil kuih kapit, ada jugak yang panggil kuih belanda. Tak tahu aku kenapa orang panggil kuih belanda. Mak dulu memang terror buat kuih ni. Mula-mula buat mesti gulung, lepas tu bila dah malas kami lipat-lipat ajer. Dulu, kalau kuih sepit ni kami simpan dalam tin biskut. Dapat satu tin biskut penuh...puashati.

#cabaran20hari, kuih raya

Kuih Bahulu

Kuih kegemaran jugak ni. Mak adun dalam pasu besar. Aku suka pukul adunan ni masa mula-mula jer sebab dia ringan, bila dan makin berat aku pas kat kak long. Dulu mak bakar dalam tin minyak tanah yang dah dibersihkan. Tin tu di bahagi kepada 2 bahagian secara melintang. Masuk acuan, lepas boh aduan dalam acuan, tutup atas dia dan atas penutup letak sabut kelapa yang dah dibakar terlebih dahulu. Kenangan sungguh buat kuih bahulu dulu. Sekarang ni senang jer ....bancuh guna mixer. Bakar dengan pembakar elektrik jer...

#cabaran20hari, kuih raya

Putu Kacang

Putu kacang ni dulu aku panggil kuih ketuk sebab bila dah masuk dalam acuan dia, nak bagi keluar kita kena ketuk-ketuk supaya kuih tak pecah. Penyediaan dia rumit sikit sebab gula dan kacang hijau nak kena mesih halus. Tapi menariknya dia ada macam-macam bentuk. Lepas tu nak kena jemur supaya kuih tahan lama. 

#cabaran20hari, kuih raya

Kuih moden pulak yang paling best ialah biskut mazola. Kalau mana-mana rumah yang kami singgah ada hidangkan kuih ni, memang balang tu dok depan aku la. Raya tahun ni aku buat sendiri kuih ni...puashati.

#cabaran20hari, kuih raya

Banyak lagi kuih yang best. Ni antara yang aku minat dan memang aku carik tiap-tiap kali masa raya. Tapi kenangan buat kuih raya dengan mak memang tak boleh dilupakan. Sekarang ni, aku pulak jadi mak dan ajak anak-anak buat kuih raya sama-sama.





     

You Might Also Like

13 comments

  1. sep sikit kuih putu kacang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila makan jangan cakap nanti tersemboq

      Delete
  2. kuih bahulu tahun lepas buat,tahun nie tak sempat dah..cicah ayaq kopi sedapppp

    ReplyDelete
    Replies
    1. bahulu cicah air kopi kena cari hat keras sikit baru ngences

      Delete
  3. Replies
    1. Bahulu cicah kopi pun best

      Delete
  4. Kuih sepit best tu. Tapi sekarang dah macam evolusi of kuih sepit, ada mentega ada coklat macam2 perghhh sedap

    ReplyDelete
  5. wahhh, putu kacang..nenek jemur kita curi-curi makan ; heran dia (arwah) tak banyak dah yg tinggal gara2 cucu yg nakal dah kebas..

    ReplyDelete
  6. Wah biskut kacang mazola hehe sama ngan Lya kak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mazola tetap di hati..kalah dah tart nenas

      Delete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook