#Cabaran20Hari - Kenangan Terawih di Surau Masa Zaman Kanak-kanak

Sunday, July 05, 2015

#cabaran20hari

Assalamualaikum

Zaman kanak-kanak memang banayk kenangan yang tak mungkin dapat dilupakan. Salah satunya ialah ketika menunaikan solat terawih di bulan ramadhan. Satu-satunya masa yang aku tunggu selepas berbuka puasa di rumah. 

Selepas berbuka biasanya aku akan ikut arwah mak ke surau yang jaraknya lebih kurang 800 meter daripada rumah kami. Kami ke sana berjalan kaki saja. Biasanya kami akan pergi beramai.  Bermula dengan kawan-kawan arwah mak yang akan sampai dulu kat rumah kami, dan kami berjalan lagi sampai ke rumah jiran berikutnya....sampailah ke surau. Biasanya bila tiba di surau kumpulan kami akan menjadi besar.

Biasanya kat surau, kami geng kanak-kanak memang dok di baris belakang. Aku dan beberapa orang kawan sekampung memang dah cop dah port kami setiap malam.  Lepas solat terawih apa lagi...beratur ambik moreh lah!!! Selalunya setiap rumah akan bergilir-gilir membawa makanan untuk moreh. Satu malam 3 atau 4 keluarga akan menyediakan juadah moreh. Tu la untungnya dok barisan belakang, boleh beratur dulu ambil makanan moreh..hehe..

Sekarang ni, amalan menyediakan moreh mungkin ada lagi di kampung-kampung tpi dah jarang benar dapat tengok. Bila diingatkan....puasa dulu-dulu meriahnya memang tiada tandingan sebab tu bila nak raya, sambutannya bukan main meriah.

#cabaran20hari



You Might Also Like

2 comments

  1. Di kawasan tmpt ai tinggal masih ada lagi amalan moreh tu.. ada jawatankuasa yang menyediakannya..

    ReplyDelete
  2. kat tmpat kite sediakan air je.. kuih muih takde utk moreh.. klu nak kena bwk sendiri..hehehe

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook