#Cabaran20Hari - Bajet Raya

Wednesday, July 08, 2015

#Cabaran20Hari

Assalamualaikum

Menghampiri kehadiran Syawal, makin sibuk masing-masing dengan pelbagai persediaan. Aku bersiap sekadarnya. Sama seperti tahun-tahun yang lalu, persiapan yang utama didahulukan, yang tak berapa penting selesaikan perlahan-lahan.

Tajuk cabaran kali ini - BAJET RAYA.
Penting ni untuk disediakan supaya tidak terlebih dalam berbelanja. Setiap tahun kami sama-sama menentukan apa yang perlu dan apa yang tidak perlu. Yang penting budget untuk balik kampung mesti ada. Kampung hubby tak jauh tapi aku ...kena tempoh tol dan terkesan jugak dengan kenaikan harga petrol baru-baru ni. Tapi tak la sampai nak ikut kata jangan balik kampung kan!!!....

#cabaran20hari , bajet raya


Perkara-perkara yang termasuk dalam baget raya aku :

1. Petrol dan minyak untuk balik kampung.
2. Baju raya untuk anak-anak. Mak ayah tengok mana yang boleh diguna semula, gunakan. Lagipun baju ke tempat kerja pun ada yang aku jarang-jarang pakai so boleh la guna semula. Tema - tak semestinya sama color....ala-ala pun boleh.
3. Kuih raya - tengok keadaan. Tahun ni pertama kali kuih raya buat sendiri. Yang simple-simple pastinya. 
4. Kelengkapan rumah  - rasanya tak perlu beli baru setiap tahun. Contohnya langsir - guna aje yang sediaada.
5. Duit raya - isi sampul ikut kemampuan.

Ini je kot tumpuan untuk persiapan raya.
Kebiasaannya juga bila raya, gaji masuk awal tapi nazak nak menunggu bulan berikutnya. Jadi kenalah pandai menyimpan gaji yang masuk supaya lepas raya bajet ada macam biasa.

Selalunya aku akan simpan peruntukan untuk raya sejak awal tahun lagi jadi bila nak raya tak la terasa sangat duit keluar. 

Korang macamana?


You Might Also Like

8 comments

  1. tahun ni pon memang tahun cabaran.. memang kena bajet2 sangat tahun ni..dah laa x dpt bonus raya..wuuu

    ReplyDelete
  2. Perancang awal sebaiknya kan kak zi

    ReplyDelete
  3. bab nak buat sendiri kuih raya memam selalu x jadi..dan memang tak ada kat rumah pcl. Harap tetamu tak menyesal datang nanti.. memang bajet :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak zi buat yang mudah dan kesukaan anak2 ajer. Kalau beli selalu terlebih budget. Bila buat, kita pilih yg betul2 suka ajer.

      Delete
  4. Rancang bajet dgn teliti ..tambah gst sekali ya Kak Zie hehe

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook