Resepi Sambal Udang Petai

Friday, June 05, 2015

Menu tengahari atau malam

Assalamualaikum

Bila hari-hari nak sediakan menu untuk family mesti buntu kan. Kadang-kadang tak tahu apa nak masak.  Sesekali kita masak style kampung.

Sambal Udang Petai

Kalau ada yang ni mesti masing-masing makan bertambah.


petai, udang, sambal, khasiat, resepi

Resepi mudah yang aku gunakan :

Bahan-bahan
300gm udang sederhana besar - saiz udang korang pilihlah sendiri
1 -2 tangkai petai - aku tak masuk banyak kadang-kadang 10 biji mata petai sajer..nak ambil rasa sahaja.
5-6 sudu besar cili mesin
2 biji bawang putih - tumbuk atau hiris
2-3 biji bawang merah - tumbuk atau hiris
1 sudu kecil kerisek
1/4 cawan air asam jawa
1 labu bawang besar - dipotong bulat-bulat
gula & garam - secukup rasa
minyak untuk menumis.

Caranya :
  • Buangkan bahagian ekor dan kepala udang. Kulit tengahnya aku biarkan sahaja.
  • Panaskan minyak dan tumis bawang yang telah ditumbuk/hiris tadi bagi naik bau.
  • Masukkan cili mesin, kacau dan masak sehingga garing
  • Masukkan kerisek dan air asam jawa. Kacau lagi.
  • Sekiranya sambal agak pekat, campurkan sedikit air
  • Biarkan sehingga masak dalam 15-20 min. Aku suka biarkan lama bagi cili betul-betul masak. Sambil kacau, kalau korang rasa pekat tambah sedikit air.
  • Masuk bawang besar, petai dan udang.
  • Biarkan masak dan bawang besar sedikit layu.
  • Masukkan gula dan garam mengikut sesedap rasa korang.
  • Dah siap boleh hidangkan dengan nasi panas.

Khasiat petai:

Ramai yang tidak tahu yang petai mempunyai pelbagai khasiat.
Menurut Wiki, dalam perubatan tradisional Melayu, biji petai dipercayai berkesan merawat penyakit jantung dan kencing manis, mencuci buah pinggan serta untuk mengeluarkan cacing daripada kanak-kanak yang kecacingan.

Petai juga mampu untuk membekalkan tenaga yang tinggi kerana biji petai mengandungi guna semulajadi seperti fruktosa, sukrosa dan kombinasi daripadanya.

Kandungan zat besi dalam petai mampu mengurangkan risiko mendapat anemia. Kandungan kalium dalam petai pula mampu menurunkan tekanan darah tinggi dan mengurangkan risiko strok. Petai juga mempunyai serat rumbuhan yang baik untuk sistem penghadaman.

Banyakkan khasiatnya. Walau bagaimanapun, pengambilan petai dalam kuantiti yang banyak tidak digalakkan kerana mempunyai kadar asid amino yang tinggi yang dapat mengakibatkan kompilasi pada ginjal.

**rujukan wikipedia.






You Might Also Like

6 comments

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook