Resepi Mudah Lassi Mangga Segar

Friday, June 19, 2015

Minuman segar mengenyangkan

Assalamualaikum

Bulan puasa bila petang mesti terfikir-fikir nak berbuka dengan minuman apa? Kalau boleh nak rasa yang lain dari kebiasaan.

Kan aku pernah update pasal buah mangga KAT SINI , bila dah banyak mula la mencuba macam-macam.  Antaranya ialah cubaan membuat sendiri lassi mangga ni. SEdapp!!!!
Kalau korang tak percaya cuba korang buat.


lassi, yogurt,  mangga, ais, kisar, minuman berkhasiat

Cuba korang tengok...fuhhh....godaan sungguh. Tak boleh tunjuk awal-awal!! Kurang pahala puasa....

lassi, yogurt,  mangga, ais, kisar, minuman berkhasiat

Resepi mudah Lassi Mangga :

Bahan-bahan untuk membuat lassi ni tak la susah sangat. Yang penting kena ada buah mangga.

2 @ 3 biji buah mangga masak (apa-apa jenis mangga pun boleh)
Ketul ais
Yogurt (pekat atau minuman) - yang natural atau berperisa
Sedikit gula pasir
Pengisar.

Apa yang korang perlu buat :

Buah mangga tadi potong-potongkan isinya. Masukkan ke dalam pengisar. Campurkan yogurt (aku masukkan separuh botol minuman yogurt ikut botol di bawah. Kalau guna yogurt pekat, masukkan 1 pack).  Kemudian masukkan 1-2 sudu besar gula pasir. Akhir sekali  masukkan kiub ais (agak-agak banyak mana yang korang nak. Kalau masuk banyak jadi ice blended pulak!)

Dah masuk semua, kisarkan.
Kalau pekat masukkan air  sejuk. Ikut la tahap kepekatan yang korang nak.


lassi, yogurt,  mangga, ais, kisar, minuman berkhasiat

Memang sedap!!! Segelas pun dah rasa kenyang!!
Nanti nak try buah lain pulak...strawberry....kiwi....avocado....durian belanda....

Hmmmm..





You Might Also Like

1 comments

  1. pergh ni nampak sangat sangat menyelerekan!!!

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook