Murtabak nangka dan pisang

Tuesday, June 30, 2015

Murtabak istimewa

Assalamualaikum

Aku pernah up entry ni suatu ketika dulu. 
Antara menu istimewa kami..murtabak. Tapi kali ni aku nak bagi resepi murtabak nangka pisang.

Korang pernah makan murtabak nangka dan pisang tak?....Sedap tau!!!! Aku pun kenal murtabak istimewa ni bila dah kawin. MIL yang perkenalkan. Selalu makan murtabak ayam atau daging jer.

Cara penyediaannya tidak la susah. Ada nangka, ada pisang boleh jer buat.

Bahan-bahan :
Pisang - kami guna pisang emas
Nangka - beberapa ulas 
Gula pasir

Nangka dan pisang diracik-racik. Kemudian campurkan dan gaul dengan gula. Jangan terlalu manis.

Tepung gandum
Air
Garam
Planta
Minyak masak

Bahan-bahan ini untuk diuli menjadi doh seperti doh roti canai.


murtabak, nangka, pisang
ni nangka dan pisang yg diracik halus, gaulkan


murtabak, nangka, pisang
uli tepung cam buat roti canai...rehatkan sekejap bagi lembut


murtabak, nangka, pisang
ni lepas dah tarik2 tepung tu bagi besar, letakkan nangka dan pisang tadi, kalau nak buat roti telur pun boleh letakkan telur yg dah pecah tadi. Tu jemari MIL tengah tunjuk skil.

murtabak, nangka , pisang
ni yg dah siap tunggu giliran nak masak

 murtabak, nangka, pisang
ni sedang dimasak atas kuali leper yg dah dibeli khas utk kerja2 membuat lempeng, bakar ikan, goreng burger dan kadang2 buat tempat bakar roti


murtabak, nangka, pisang
dah siap dipotong sedia untuk dimakan

Lepas buat ni, kalau ada doh tepung yang lebih kami tebar pulak buat roti telur.
Sesuai buat juadah berbuka ni.
Kalau bukan bulan puasa, boleh ajer buat menu minum petang.

#Kan dah kata antara menu kegemaran kami sekeluarga ialah murtabak!!

You Might Also Like

11 comments

  1. x pernah makanlah murtabak nangka pisang ni.....ada ke jual kat mana2?...hehehe....x retilah nak tebar tepung tu.....agak2 kalau gi umah azi....bolehlah hidangkn juadah istimewa ni :)

    ReplyDelete
  2. hehe..memang takde jual la kak ani, kalau roti pisang tu ada kat kedai mamak...ni resepi MIL sejak dulu lagi...biasa la dok kg..segala hasil tanaman dok ada...insyaAllah ...mai la rumah...

    ReplyDelete
  3. tengok gambar dah nampak sedap..

    ReplyDelete
  4. aku pun tak pernah makan murtabak nangka ni.. nampak cam sedap je

    ReplyDelete
  5. guna pasir? akak maksudkan gula pasir kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. typo di mana-mana....yup gula pasir

      Delete
  6. sis, kita amik resipi ni eh..nak try nak try!!
    selama ni tau murtabak daging, murtabak ayam je..
    nangka pisang first timeeee..!! hehe

    ReplyDelete
  7. ermmm . tak pernah mkn ]

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook