Drama Rahimah Tanpa Rahim Full Episod (Episod 1-28).  Tak semua drama yang disiarkan akak tengok.  Pilih-pilih juga samada berdasarkan tajuk atau pelakon.  Kali ini tertarik dengan tajuk drama ni. Awalnya akak ingatkan drama komedi tapi bila tengok episod satu, jauh meleset.  Barulah akak cari sinopsis drama ni. Nampak menarik sebab kisah yang dipaparkan adalah kisah yang berlaku di kalangan kaum hawa. Wanita ni dilahirkan memang dengan pelbagai dugaan suka duka, sungguh Allah beri kita banyak peluang untuk mengutip pahala bekalan hari kemudian.  Dek kerana tersuka, akak akan compilekan full episod drama Rahimah Tanpa Rahim ni untuk korang yang nak menontonnya.

slot akasia, drama terbaru, rahimah tanpa rahim, penyakit wanita


Sinopsis Drama Rahimah Tanpa Rahim

Drama Rahim Tanpa Rahim ini mengisahkan Rahimah (Puteri Aishah), seorang gadis kampung tinggal bersama ibunya, Mak Ani (Liza Abdullah) dan bapanya, Pak Akob (Badrul Muhayat). Berikutan hasutan dan penipuan daripada adiknya, Rozana (Sera Melissa), Rahimah selalu dipersalahakan dan dibenci oleh ibubapanya serta sering ditimpa malang. 

Adli (Hafidz Rosdi) ada menyimpan perasaan terhadap Rahimah tetapi perasaan itu semakin menyakitkan bila Rahimah temui seorang jejaka bernama Jauhar (Azlee Khairi). Jauhar mengambil keputusan untuk memperisterikan Rahimah dan mengikut suaminya pulang ke bandar. Dalam masa yang sama Nurul (Ezzaty Abdullah) juga cintakan Jauhar dan hanya menganggap Ramzi (Mustaqim Bahadon) sebagai kawan rapat yang boleh untuk mengadu segala masalahnya.

Satu hari, Rahimah ditimpa satu penyakit sindrom dan disebabkan itu, Rahimah mengetahui bahawa sejak lahir lagi, dia memang tiada rahim dalam perutnya. Dia tidak akan mendapat zuriat sepanjang hayatnya. Rahimah berfikir bagaimanakah kehidupannya sebagai seorang isteri yang tidak mampu memberi zuriat pada suaminya. 

Oleh itu, dengan rela hatinya untuk mengekalkan kebahagian rumah tangganya, Rahimah mengizinkan suaminya berkahwin sekali lagi, dengan Nurul. Akhirnya, Jauhar dijodohkan dengan Nurul. Namun timbul pelbagai konflik yang menimpa Rahimah supaya Rahimah berpisah dengan Jauhar. Satu persatu perkara akan terbongkar dan adakah kebahagiaan akan menemui Rahimah.


Pelakon Dan Waktu Siaran

Tayangan : 28 di TV3 (Slot Aksia) dan iQIYI Malaysia

Pelakon : Azlee Khairi, Puteri Aishah, Ezzaty Abdullah, Liza Abdullah, Amelina Amir Sharipuddin, Mustaqim Bahadon, Hafidz Roshdi, Sera Melissa, Diana Dee, Che Kem dan ramai lagi.

Waktu siaran adalah  pada setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 7 malam melalui slot Akasia di TV3.

Tak payah rebut-rebut nak tonton waktu ni, korang boleh cari kat sini atau masuk je website iq.com atau download aplikasi iQIYI Malaysia. Semuanya percuma ! So tak ganggu waktu solat dan tak ganggu waktu korang sibuk di dapur. Bila-bila boleh tonton.


Episod Penuh Rahimah Tanpa Rahim

Rahimah Tanpa Rahim Episod 11
Rahimah Tanpa Rahim Episod 12
Rahimah Tanpa Rahim Episod 13
Rahimah Tanpa Rahim Episod 14
Rahimah Tanpa Rahim Episod 15
Rahimah Tanpa Rahim Episod 16
Rahimah Tanpa Rahim Episod 17
Rahimah Tanpa Rahim Episod 18
Rahimah Tanpa Rahim Episod 19
Rahimah Tanpa Rahim Episod 20
Rahimah Tanpa Rahim Episod 21
Rahimah Tanpa Rahim Episod 22
Rahimah Tanpa Rahim Episod 23
Rahimah Tanpa Rahim Episod 24
Rahimah Tanpa Rahim Episod 25
Rahimah Tanpa Rahim Episod 26
Rahimah Tanpa Rahim Episod 27
Rahimah Tanpa Rahim Episod 28


1 Comments