Jom Kenali Bendera Malaysia. Tak berapa hari lagi kita nak sambut kemerdekaan negara yang ke 63 tahun.  Jauh dah perjalanan, tapi masih jauh lagi kalau boleh nak pergi dengan izinNYA.  Tahun ni kita sambut dengan cara baru, sambutan dalam masa pendemik C19 yang masih belum menunjukkan tanda akan berakhir segera.  Dengan tema Malaysia Prihatin, sesuai menggambarkan kita sebagai rakyat Malysia sama-sama berusaha dan menjaga satu sama lain menangani wabak yang sedang melanda buan sahaja negera kita, malah seluruh dunia.

hari kemerdekaan malaysia, maksud warna bendera malaysia, jalur bendera malaysia, bendera malaysia berkibar, malaysia prihatin
sumber gambar : sharing daripada pejabat

Sempena kemerdekaan juga, akak nak refresh sama-sama pengetahuan kita tentang bendera Malaysia.  Nanti korang bolehlah berkongsi dengan anak-anak, adik-adik dan generasi kecil yang perlu tahu supaya tidak sampai memalukan negera sendiri. Aishhh....patriotik pulak rasanya ni !


hari kemerdekaan malaysia, maksud warna bendera malaysia, jalur bendera malaysia, bendera malaysia berkibar, malaysia prihatin


Dari masa sekolah lagi bila ada subjek tatanegara atau sivik (masa zaman akak sekolah lah), mesti ada ulang belajar tentang bendera negara dan negeri terutama menjelang kemerdekaan.  So lepas ni kena tahulah maksud setiap simbol dan warna yang terdapat pada bendera Malaysia. Taklah nanti malu-malu nak jawap bila anak tanya.

Tips Hormati Bendera Kita

Adalah menjadi tanggungjawap kita sebagai rakyat Malaysia menghormati Jalur Gemilang.  Bukannya susah pun, kita amalkan dan pesan pada generasi muda untuk sama-sama amalkan.  Akak share tips ni.

1. Jangan letak bendera di atas tanah
2. Tidak boleh mengelap tangan dengan bendera apabila tangan kotor
3. Jangan biarkan bendera meleret ke tanah ketika menurunkannya.
4. Jangan menggunakan bendera sebagai alas meja atau penutup sesuatu kecuali sebagai tanda  penghormatan
5. Jangan bercakap dengan rakan semasa bendera dinaikkan dan lagu Negaraku dinyanyikan
6. Menggantungkan bendera di rumah atau kedai pada Hari Kebangsaan.

*sumber gambar dan tips dari Jabatn Penerangan Malaysia &www.istiadat.gov.my


Minggu lepas anak akak dah siap beli bendera untuk gantung depan rumah. Esok cuti bolehlah gnatung sempena menyambut hari kemerdekaan.  Doakan juga negara kita dan seluruh dunia merdeka daripada wabak C19 ni.  Kami di utara ni buat pkpd sendiri je untuk keselamatan diri dan keluarga.


3 Comments

  1. bagaimana dgn jalur gemilang yg dibuat rekaan baju pembalut tubuh?
    ada org pertikaikan jugak.,

    mugo negara akan tatap aman damai sejahtera sentosa senantiasa., aminn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moga Malaysia sentiasa sejahtera, aman damai.

      Delete