Sedap Rupanya Resepi Sotong Goreng Kunyit Dato Rizalman

Friday, July 10, 2020
Resepi Sotong Goreng Kunyit Dato Rizalman.  Sat ada sat takdak cheq ni aihhh.  Sebut nama Dato Rizalman, teruih rasa nak menulih dalam loghat utara.  Walaupun cheq bukan asai utara tapi dan lebih 20 tahun merantau cari rezeki tang ni, lidah pun dah rasi dengan loghat utara ni. Rasa cam senang ja nak sebut!  Korang mesti kenal dengan Dato Rizalman Ibrahim kan, nama gah dalam dunia fesyen satu ketika dulu tapi sekarang dah pencen tapi suka berkongsi cara masak ala orang utara.  Banyak resepi menarik yang dikongsi untuk dicuba.  Akak tak pernah lagilah betul-betul cuba resepi beliau sebab antaranya yang pernah akak tonton caranya tak jauh beza dengan kami tapi tak semuanya.  Antaranya yang akak tersuka ialah RESEPI SOTONG GORENG KUNYIT.

Nama lauk nampak senang saja kan tapi kalau tak kena gaya masakannya yang mudah pun kurang rasanya.  Memang sedap dan puashati. Akak dah cuba beberapa kali dan anak-anak pun suka, cepat saja habis. Sekarang ni dah jadi kemestian pula beli sotong setiap kali tambah stok basah sebab nak buat sotong goreng kunyit ni.

Resepi Sotong Goreng Kunyit

Sotong - bersihkan daan potong-potong. 
Sedikit kulit kayu manis
Bawang besar potong bulat
cili hijau - potong-potong kan
daun bawang
serbuk kunyit
jintan manis
jintan putih
lada hitam
garam dan gula
minyak untuk menggoreng


masakan sotong, resepi dato rizalman, resepi mudah, resepi sedap

Jintan manis, jintan putih dan lada hitam tumbuk lumat. Ambillah serba sedikit ikut banyak mana sotong korang. Sotong tadi korang lumurkan dengn serbuk kunyit - banyak ye bukan sesudu tapi dua tiga sudu kecil pun tak apa, biar nampak kuning.  Lepas tu masukkan bahan yang korang dah tumbuk tadi, gaul dengan sotong, tabur sedikit gula dan garam. Perapkan sekejap, dalam 15 minit ke setengah jam.  

Panaskan minyak dalam kuali. Minyak biar banyak bukan sesudu dua.  Bila minyak dah panas, masukkan sotong tadi. Kacau elok-elok. Bak kata dato, janganlah kau tojah-tojah kat sotong tu, habis terbarai isi dalamnya. Kacau bagi elok.  Dah agak masak tu masukkan lah bawah, kulit kayu manis, cili hijau potong tadi. Kacau bagi rata. Jangan lupa rasa garamnya, manisnya juga jangan lupa. Akhir sekali masukkan daun bawang.  Lepas tu boleh angkat masuk bekas cantik.

Kalau korang nak tahu, minyak goreng sotong tu bila dah bercampur dengan air sotong, koran gaul dengan nasi saja pun sedap tau.  Dapat pulak makan masa panas-panas...aduhh..meleleh ayaq lioq aihhhh.....

Tak percaya ? Korang cubalah....memang A+  !!

You Might Also Like


6 comments

  1. Nampk sedap tu..mak SA suka tengok Rizalman ni masak..pas tu dia paling suka try gulai ayam cabai hidup tu...yang kari tu la...mmg dia yg nak masak sendiri dan hasilnya memang sedap

    ReplyDelete
  2. Wah ada guna kulit kayu manis.

    ReplyDelete
  3. ehehe macam2 resepi Dato Rizalman kan..
    sedap lauk sotong kunyit.. makan dgn nasi panas2.. pergh..

    ReplyDelete
  4. nak kena cuba ni. macam-macam spices masuk :)

    ReplyDelete
  5. Thank you for sharing this wonderful post keep your awesome work
    I have many hobbies. I love to travel and read. But my favorite hobby is cooking. Let me tell you why! First, I'll tell you a little bit about why I started cooking. Secondly, I'll give you some information about what I like to cook. Third, I will say how I use the vietnamese food for cooking.

    When I started cooking, I was 10 years old. My mom wants me to be a chef. She has always believed that girls have to make different types of food, because one day they will get married. In my country, it is normal for girls not to cook. I feel lucky because I can cook many dishes. Now that I cook some of the dishes my children and husband love, I become happy and proud of my mother and myself. i am a food blog

    ReplyDelete

Like us on Facebook

Followers