Singgah Makan Di Kor.Pih.ti.am Teluk Intan
Hujung minggu baru ni, kami ke Teluk Intan. Tujuannya nak beri sokongan pada perlawanan kriket yang disertai oleh anak bungsu kami. Asalnya tak ada plan pun nak ke sana, tiba-tiba abang Irfan kata jom tengok adik lawan kriket. Kami pun terus setuju. Walaupun tak berapa faham cara kiraan mata untuk permainan ni, tapi bab nak bagi sokongan, kami okay saja. Biarkan abang Irfan yang bagi sorakan penuh, kami tolong tepuk tangan saja.
Habis game, jumpa sekejap adik wan dan kawan-kawan yang lain. Memandangkan mereka datang dengan bas sekolah, jadinya tak bolehlah balik dengan kami, lagipun dah hari Ahad, memang kena balik terus ke sekolah. Lepas sembang-sembang sekejap dengan family yang hadir dan anak-anak, kami pun bergerak balik. Anak-anak pun dah kena berkemas untuk pulang ke sekolah. Jumpa lagi minggu depan pula.
Kami pun meneruskan perjalanan ke pekan Teluk Intan untuk cari makan. Pusing-pusing jumpalah Kor.Pih.ti.am ni. Memang ejaan kedainya begitu yer. Terjumpa tanpa sengaja lepas masing-masing dok google kedai makan. En suami yang jumpa kedai ni, terus singgah untuk tengok apa yang menarik.
Kedainya tak susah nak cari, tepi jalan saja. Bila masuk dalam kedai, tertarik dengan interior designnya, macam kedai kopi lama dengan suasana tenang.
Dari kaunter bayaran boleh terus ke belakang kalau nak ke tandas. Tandas sangat bersih dan wangi. Staff di sini pun mesra dengan senyuman.
Ada juga ruangan di tingkat atas. Tapi masa kami sampai, ruangan atas ditutup untuk kerja-kerja mengemas. Mungkin nak tambah ruang makan sebab ada pekerja yang sibuk mengangkat kerusi baru ke atas.
Lukisan di dinding yang menarik, seperti masuk kedai kopi dulu-dulu.
Pilihan en suami dan anak terunanya. Kopi pekat kurang guna. Kalau korang suka rasa yang pahit boleh pilih kopi ni. Tapi akak bukan peminat kopi.
Roti bakar disapu dengan kaya dan diselitkan butter. Yang ni memang sedap. Mulanya beli satu set tapi tak cukup, terus order lagi dua set, memang sedap.
Pilihan seterusnya, mee kari. Ini pilihan en suami. Sedap juga mee kari ni. Kakak pun buat pilihan yang sama dengan ayahnya. Manakala akak dan abang Irfan order mee kicap. Tambahan dengan kuey teow goreng. Semuanya sedap.
Portion mee karinya agak banyak, boleh berkongsi. Harga makanan di sini biasa sahaja, sesuai dengan kuantiti hidangan setiap satunya. Secara keseluruhannya acik bagi 8 daripada 10 bintang. Kalau korang ke Teluk Intan boleh lah google kedan Kor.Pih.ti.am ini.
Kalau korang berminat nak singgah, ini alamatnya
46, Jln Raja, Pekan Teluk Intan, 36000 Teluk Intan, Perak
.








0 Comments