Konvokesyen Kakak Baru Nak Update Post.  Lama betul simpan cerita ni dalam draft.  Betul-betul mencari masa nak menulis.  Bila ada cerita yang tertinggal, lepas tu datang pula kisah baru maka bertambah-tambahlah post yang duduk dalam draft.  Akak nak simpan juga cerita ni sebagai kenangan di sini.

Konvokesyen kakak berlangsung pada 2 Dec 2025 yang lalu. Hampir sebulan lebih ibunya simpan tak keluar-keluar posting ni.  Selalunya akak buat draft letak gambar-gambar dulu, bila ada kesempatan update sikit-sikit guna handphone sahaja.  Tapi selalunya tetap tak puashati, kena buka juga melalui laptop untuk semakan semula sebelum posting di blog.  Tu lah yang kadang-kadang jadi lambat.  Sementara ada kesempatan ni, akak cuba jadikan setiap draft tu sebagai post entry di sini.  

Kali ni dapat bawa abang Irfan sekali untuk meraikan kakak.  Memandangkan hari konvonya adalah hari Selasa maka kami berempat sahajalah yang ada.  Selepas 5 tahun di sini (setahun asasi dan 4 tahun untuk degree) maka tamatlah perjuangan kakak di peringkat ini.  Alhamdulillah berjaya juga mendapat keputusan yang sangat baik.  

kisah keluarga, konvokesyen meriah, meraikan anak-anak

kisah keluarga, konvokesyen meriah, meraikan anak-anak

Kakak yang pertama kali berpisah dengan keluarga semasa meneruskan pengajian di peringkat asasi.  Dialah satu-satunya yang selalu jadi teman akak di rumah. Kakak merupakan pelajar sekolah harian biasa jadi hari-hari memang ada di rumah.  Kakak seorang yang rajin berusaha untuk diri sendiri, tak pernah kenal erti mengalah.  Anak no 2 memang lain sedikit !


kisah keluarga, konvokesyen meriah, meraikan anak-anak

kisah keluarga, konvokesyen meriah, meraikan anak-anak

kisah keluarga, konvokesyen meriah, meraikan anak-anak

kisah keluarga, konvokesyen meriah, meraikan anak-anak

Puashati katanya dapat juga apa yang diidamkan selama ni. Alhamdulillah sekarang ni dah pun bekerja. Dapat pula tempat kerja yang tidak jauh dari rumah.  Bolehlah selalu teman ibu dan ayah.

kisah keluarga, konvokesyen meriah, meraikan anak-anak

kisah keluarga, konvokesyen meriah, meraikan anak-anak

Abangnyalah yang jadi jurufoto tanpa bayaran.  Kami ikutkan sahaja.  Habiskan masa sepetang di sekitar Putrajaya untuk mengambil gambar kenangan.  

kisah keluarga, konvokesyen meriah, meraikan anak-anak

Buat masa ni nak bekerja dulu katanya.  Ada rezeki kemudian mungkin boleh sambung ke peringkat seterusnya.  Bagi kami, ibu dan ayah terus beri sokongan pada anak-anak ini untuk mengejar impian mereka.  Bila tengok anak-anak berjubah, beratur menunggu skroll ditangan, perasaan tu tak dapat nak digambarkan. 

Moga anak-anak terus berjaya dunia dan akhirat !


0 Comments