Jalan-jalan Kotaraya.  Sambungan daripada majlis konvo kakak tu, kami ambil peluang juga jalan-jalan kotaraya.  Kami memilih untuk menginap di sekitar Putrajaya sahaja memandangkan tidaklah jauh sangat nak ke UPM.  Selesai sesi konvo, kami memanjangkan sehari lagi percutian di sini.  Sambil-sambil tu bercadang nak pusing-pusing KL.

Malas nak memandu, kami memilih untuk menaiki MRT sahaja dari Putrajaya Central sehingga ke KLCC.  Irfan dan kakak nak tengok ikan katanya. Okay ibu ayah ikutkan sahaja.  Lagipun dah lama sangat tak naik MRT ni, bolehlah acah-acah pelancong.  Dari tempat penginapan, kami memandu dan parking kereta berhampiran dengan Putrajaya Central.  Bab jalan-jalan naik  MRT ni, kakak memang dah cekaplah.  Abang Irfan masih terkial-kial juga nak baca peta perjalanan MRT.  


jalan-jalan naik MRT, sibuk kotaraya, KL waktu malam

Akak sendiri pun dah lama tinggalkan aktiviti ni.  Kalau dulu masa masih bertugas di kotaraya, memang inilah pengangkutan yang paling efisien untuk akak berulang alik ke tempat kerja.  Berebut di waktu pagi mahupun ketika pulang dari pejabat.  Pengalaman yang memang tak akan dilupakan sampai bila-bila.  Bila dah balik bertugas di state, memang lain betul suasananya.


jalan-jalan naik MRT, sibuk kotaraya, KL waktu malam

Waktu ni memang bukan peak hour, lengang dalam koc.  Pilihlah mana pun nak duduk. Perjalanan melebihi setengah jam juga. Iyelah daripada Putrajaya ke KLCC tapi puashati sebab tak perlu mengadap jalanraya.

Anak-anak nak singgah ke Aquaria KLCC, dah lama sangat katanya tak singgah.  Irfan belanja kami berempat masuk ke Aquaria.  Tak banyak beza pun dulu dan sekarang. Anak-anak ni masih boleh ingat lagi apa yang mereka tengok dan cari masa kecil, lalu keluarlah kisah-kisah mereka di sini waktu dulu-dulu.  Sayang adik dan kak cik tak dapat turut serta.  


jalan-jalan naik MRT, sibuk kotaraya, KL waktu malam

jalan-jalan naik MRT, sibuk kotaraya, KL waktu malam

Peminat ikan memang ralit la tengok spesis-spesis ikan yang ada.  


jalan-jalan naik MRT, sibuk kotaraya, KL waktu malam

Suka betul akak tengok ikan pari besar ni.  Comel je.  

jalan-jalan naik MRT, sibuk kotaraya, KL waktu malam

Penat berjalan, perut masing-masing dah lapar.  En suami nak singgah kedai ni pulak.  Dari KLCC kami naik grab sampai ke Restauran Saddam ni berhadapan dengan Bangunan Mara.  En suami kata antara kedai yang dia rajin singgah waktu di kotaraya.  Hmm...masing-masing teringat cerita-cerita lama.  Dari sini, kami menaiki LRT sampailah ke stesen pertukaran Sungai Besi kalau tak silap akak untuk naik pula MRT sehingga ke Putrajaya Central.  

Sampai hotel, masing-masing dah kepenatan tapi anak-anak sambung pula tengok movie di tv.  Layanlah sementara cuti.  Esoknya dah nak balik dah.

 

0 Comments