Cerita Masuk Sekolah 2026.  Dari minggu lepas sampailah minggu ni, banyak sungguh perkongsian tentang anak masuk sekolah.  Kemeriahan terpancar terutama pada mak ayah yang anaknya baru  nak memasuki sekolah rendah dan juga sekolah menengah. Anak-anak sekarang dah jarang sangat kita dengar menangis hari pertama ke sekolah macam dulu-dulu.  Anak-anak sekarang dah berani, ada yang tak mahu mak ayah tunggu tepi kelas.  

Bagi kami, kemeriahan  begini dah berlalu.  Tapi kisah anak masuk sekolah masih ada lagi untuk dirasai dalam suasana yang lain.  Tahun ni Adik Wan dah masuk tingkatan 3, ada lagi dua tahun sebelum menamatkan persekolahan.  Dua tahun tu tidaklah lama sangat, tahu tahu dah berakhir.  Mak ayah dah mula juga terasa seram seram sejuk memandangkan persaingan semakin sengit dan lebih masa perlu diluangkan si anak sepanjang sesi persekolahan.

Sekarang ni adik dah jadi senior.  Dah semakin kurang dengar kisah-kisah kurang menarik adik dan senior di asrama.  Setiap kali adik call, pesanan  yang tak terlepas di mulut ialah - jangan sesekali mengusik adik-adik junior, bantu mana yang perlu.  Tak mahu dah dengar kisah senior buli junior. Kadang-kadang kita rasa gurauan tapi yang menerimanya anggap lain.

Tahun ni juga harap-harap tak adalah barang-barang adik yang hilang lagi.  Setiap tahun kisah barang hilang memang tak pernah tak ada.  Tahun lepas sahaja, baju sekolah, sandal, jam tangan, track suit antara barang-barang adik yang hilang.  Jenuh yer nak ganti balik.

masuk asarama, balik sekolah, kisah sekolah menengah

Check in semula ke asrama.  Setiap kali nak hantar adik ke asrama, abang dan kakak selalu cuba ambil cuti.  Antara cara nak support adik bungsu, macam tulah.  Adik pun memang suka kalau ramai-ramai hantar dia balik asrama. 

masuk asarama, balik sekolah, kisah sekolah menengah

Dah masuk tingkatan tiga pun barang tetap penuh sebonet.  Layankan je la selagi ada kesempatan, yang penting adik bersemangat untuk belajar dan mengejar cita-cita.

Macamana pengalaman korang dengan anak-anak yang masih bersekolah?









0 Comments