Nasi Lemak Malam. Kat utara ni macam-macam nama kedai ada. Akak suka bila nama kedai tu senang nak ingat. Kali ni singgah makan di kedai Nasi Lemak Malam. Malam-malam cari nasi lemak yer.
Bagi korang yang sedang on diet, kalau nak tahu makan nasi lemak lebih baik daripada makan nasi putih. Nak tahu kenapa? Banyak perkongsian coach coach di media sosial, kena rajin cari info. Tapi kenalah makan cara orang diet, bukan nasi penuh sepinggan. Kisah diet ni nanti-nanti bila tiba masanya akak kongsi yer.
Hari kerja akak memang jarang masak untuk makan malam. Kalau sampai rumah awal dan barang masakan complete, barulah cepat-cepat masuk dapur. Malam semalam, en suami kata nak cuba kedai nasi lemak baru buka. Abang dan kakak pun ada di rumah, maka jomlah kita mencuba.
Nasi Lemak Malam, lokasi dekat tepi jalan je. Nampak meriah sebab penuh lampu-lampu depan kedai. Kedai sebelah pun meriah juga dengan lampu-lampu jadi bertambah teranglah suasana malam.
Ada pelbagai pilihan lauk selain daripada lauk biasa. Lauk biasa tu ialah sambal, bilis dan kacang goreng, timun dan telur rebus. Kalau nak tambah lauk lain korang boleh pilih antaranya sambal udang, sambal kerang, paru masak cili kerang telur mata, rendang daging dan yang paling popular ialah ayam goreng berempahnya. Bau ayam goreng tu memang tak menolak selera.
Total makan lima orang lebih kurang enam puluh ringgit beserta air. Okaylah harganya sebab anak-anak ambil juga lauk tambahan. Secara keseluruhannya, lauk-lauknya sedap juga. Kena dengan selera kami. Tambah menarik kalau nasi lemaknya ada lebih bau wangi pandan.
Kalau korang sampai ke Kulim dan tak tahu nak makan apa, korang boleh cuba singgah kedai Nasi Lemak Malam. Google je map dia, tak susah nak cari.
0 Comments