Beli Hadiah Persaraan Rakan Sekerja.  Penghujung Oktober, kami kehilangan dua orang rakan sekerja yang mengambil keputusan untuk bersara awal.  Kedua-duanya merupakan antara rakan sekerja yang boleh dikatakan terbaik dikalangan yang baik-baik di ofis ni.  Atas sebab-sebab tertentu, kedua-duanya mengambil tawaran syarikat untuk bersara awal sebelum mencapai usia 55 tahun. Alhamdulillah urusan mereka dipermudahkan.

Akak dah bekerja dengan mereka ni dah melebihi 10 tahun, dah faham sangat ragam masing-masing.  Mestilah persaraan mereka ni kami cuba raikan sebaik mungkin.  Akak diberi tugas untuk membeli hadiah salah seorang daripada mereka memandangkan beliau memang bekerja di bawah seliaan akak.  Sangat berbesar hari diberi tugas ini.  Dalam fikiran nak carikan sesuai yang boleh disimpan dan digunakan sebaiknya selama yang boleh.  Staff akak ni low profile sikit, tak banyak bercakap, seorang yang sangat berdikari. 

Misi mencari hadiah dengan peruntukan yang disediakan bukanlah mudah tapi kita cuba permudahkan.  Macam biasa, akak suka bawa penasihat akak iaitu en hubby.  Kami plan satu hari untuk cari barang.  Barangnya dah ada senarai cuma nak cari ikut budget yang disediakan. Sambil cari barang, sambil cuci mata juga.

hadiah bersara, cenderahati, bersara awal, kisah ofis

Cari hadiah ikut minat mereka.  Akak belikan kuali ni. Sedap digunakan sebab kamipun rembat satu untuk kegunaan sendiri.  Yang ni en hubby yang tolong pilih.  Tak rugi rasanya beli, walaupun sedikit berat tapi sedap guna untuk memasak.  Bak kata aunty yang jadi promoter tu - kuali jenis ini orang cina suka guna terutama orang lama.  Masak cepat, tak melekat, sekali guna terus jatuh hati punya ! hahaha...


hadiah bersara, cenderahati, bersara awal, kisah ofis

Hadiah kedua, akak carikan sling beq sebab rakan akak ni suka bermotosikal kalau nak ke mana-mana.  Senang nak simpan barang seperti handphone, tisu, wallet.  Last piece di outlet ni.  Nampak cantik, terus rembat.

Lepas tu akak carikan sepasang telekung Siti Khadijah.  Akak suka cari yang simple,  dah yang memang boleh guna. 

hadiah bersara, cenderahati, bersara awal, kisah ofis

Last sekali, cenderahati dari akak untuk keduanya.  Hasil tangan sendiri sebagai kenang-kenangan.  Moga ukhwah terus berkekalan sampai bila-bila.



0 Comments