Masakan Simple Daging Masak Kicap.  Kadang-kadang tak tahu lauk apa nak dimasak.  Korang pernah tak lalui situasi macam ni?  Biasanya en suami akan belikan bahan mentah untuk keperluan beberapa hari.  Akak akan belikan bahan-bahan kering setiap hujung minggu.  Top up mana yang dah nak hampir. Kalau en suami masuk dapur, menunya mesti agak berat-berat sikit.  Tapi kalau giliran akak, semestinya yang simple aje.

Daging masak kicap ni antara kegemaran anak-anak.  Akak pun suka juga sebab tak renyah nak memasaknya.  Kalau nak cepat, dagingnya akak potong nipis-nipis supaya tidak mengambil masa lama untuk empuk.  Lepas tu potongkan hirisan kentang.  Adakalanya kentang dipotong baji. Tengoklah mood masa tu. Hmm...nak potong bahan masakan pun ikut mood.  

Daging yang siap dihiris, akak akan gaulkan dengan serbuk jintan manis dan serbuk lada hitam.  Sediakan juga bahan untuk menumis -  bawang merah dan putih yang dihiris berserta sedikit hirisan halia.  Jangan lupa dengan hiasannya - korang boleh gunakan bawang besar dipotong bulat, cili merah dibelah dua, daun bawang dan sup atau boleh juga daun ketumbar yang dipotong-potong.


masakan sendiri, air tangan ibu, menu kegemaran anak, lauk untuk anak-anak

Beginilah hasilnya.  Akak masukkan juga sedikit chili flake untuk tambah rasa pedas dan beberapa biji cili padi yang diketuk.

masakan sendiri, air tangan ibu, menu kegemaran anak, lauk untuk anak-anak

Padankan pula dengan telur dadar kedai mamak.  Tapi yang ni akak buat sendiri tapi macam yang dijual di kedai mamak.  Apa beza telur dadar kedai tomyam dan kedai mamak?  Kedai mamak biasanya telur dadarnya tebal manakala kedai tomyam biasa sahaja.  Macamana nak buat telur dadar yang tebal? Senang saja. Akak pernah share kat sini ---- Telur Dadar Kedai Mamak


Dua menu macam ni pun cukup dah.  Korang boleh tambah dengan ulam-ulaman.  Paling mudah salad dan potongan timun.  

Korang masak apa hari ni?


0 Comments