Jalan-jalan Bandar Georgetown - Chew Jetty
Jalan-jalan Bandar Georgetown - Chew Jetty. Sekali timbul, lama tenggelam kan akak ni. Maaflah dah jarang-jarang update sini walaupun keinginan membuak-buak nak menulis. Okay jom cerita sedikit apa yang akak dan anak-ank buat semasa cuti sekolah baru ni. Kami memang tidak ada plan ke mana-mana. Malas nak meredah jem di jalanan. Tambahan akak pun perlukan rehat yang panjang. Sepanjang cuti sekolah tu memang akak pun cuti sama.
Kesiankan adik wan yang bercuti sekolah tak ke mana-mana maka abang irfan dan en suami pun susun-susunlah jadual kerja masing-masing mencari sekurang-kurang sehari dua cuti. Amira pun kena susun hari latihan kelas memandunya. Lepas susun sana sini, dapatlah sehari cuti untuk ke mana-mana sekeluarga. Yang ni nanti akak cerita di post yang lain. Kali ni nak cerita jalan-jalan bandar Gergetown.
Trip ni en suami dan Amira tak ikut sekali. Kalau sebelum ni 'play tourist' dengan rakan sekerja, kali ni giliran kami pula play tourist. Bandar Georgetown ni bukanlah asing sangat untuk kami. Boleh dikatakan, memang kami kerap jalan-jalan cari makan di sini tapi setakat keluar, cari makan dan balik. Jarang sekali kami meronda. So kali ni anak-anak request nak ke Armenian Street dan Chew Jetty. Hah Armenian lagi ! Ikutkan sahaja la sebab abang Irfan yang drive, akak tunjuk jalan je.
Kami sampai dah lewat petang juga sebab anak-anak nak tunggu suasana malam di sini. Sampai lebih kurang jam 6 lebih juga. Bagi anak-anak jalan menikmati suasana di Armenian Street ini. Bagi anak-anak muda ni mereka lebih suka mencari tempat untuk ootd. Iye ibu layankan ! Ibu suka ikut sebab dapat kumpul step.
Dari Armenian Street kami bergerak ke Chew Jetty. Tak jauh, kami jalan kaki sahaja. Hah! Tambah steps lagi untuk ibu. Lagak gaya tourist betul ! Jeti dah lama dipopularkan tapi ini kali pertama akak sampai. Tempatnya mudah nak cari cuma kawasan ini tidak mudah untuk parking kenderaan. Lebih mudah parking jauh sedikit dan jalan kaki. Kalau tak kena gayanya, memang sibuk dengan kenderaan pergi balik.
Sedikit sejarah berkaitan jeti ini. Chew Jetty merupakan salah satu daripada 6 jeti kaum Cina di kawasan Pengkalan Weld, Georgetown. Ianya terkenal sebagai sebahagian daripada kampung air tradisional yang dibina di atas tiang kayu di sepanjang pesisir pantai. Chew Jetty adalah antara yang terbesar dan paling popular berbanding dengan jeti-jeti yang lain.
Kawasan Chew Jetty ni merupakan perkampungan atas air tapi kawasan ini dijaga elok dan bersih. Boleh dikatakan kesemua penduduk di sini terdiri daripada bangsa Cina. Rumah-rumah di sini boleh dikatakan kesemuanya ada membuka gerai kecil di hadapan rumah berjualan seperti makanan, minuman, cenderahati, mainan malah pakaian pun ada juga.
0 Comments