Sarapan Pagi Ana Yang Masak. Dah beberapa minggu entry ni terperam dalam draf. Maaflah pada semua, agak sibuk lately, macam-macam urusan perlu dibuat. Entry pun buat sikit-sikit bila ada masa senggang dan waktu lunch di ofis.
Post ni sesuai untuk korang yang suka mencuba makanan di tempat baru. Memandangkan tak lama lagi ada cuti merdeka dan lepas tu ada cuti sekolah, mungkin ada yang bercadang untuk jalan-jalan cari makan diluar, bagi yang berada di Taiping, boleh cuba singgah di kedai Sarapan Pagi Ana Yang Masak. Paling mudah nama kedainya. Kalau korang nak tahu, kedai-kedai sarapan pagi macam ni memang banyak tumbuh macam cendawan. Ada yang sedap dan ada yang biasa-biasa saja. Tapi kali ni, pilihan kami tak salah. Ana masak memang sedap!
Mula-mula sampai, silalah baca dahulu Utusan Ana. Senarai menu yang pelbagai, sampai tak tahu nak pilih yang mana satu. Semuanya nampak menarik.
Bila dah pilih menu pilihan, boleh tulis dalam kertas pesanan ini. Bila dah siap, boleh hantar pada kaunter. Penyediaan makanannya juga tidak mengambil masa yang lama, sambil sembang-sembang, makanan pun sampai. Perut pun memang tengah lapar.
Siap ada pesanan daripada Ana yer.
Pesanan en suami, nasi dagang, gulai ikan tongkol berserta sebiji telur rebus. En suami komen - sedap. Kalau sedap kata en suami, biasanya memang sedaplah masakan tersebut.
Pesanan abang Irfan - nasi kerabu dengan daging bakar. Aduh...nasi kerabu ni pun sedap juga. Portion dia pada akak agak banyak untuk seorang makan. Memang kenyanglah dapat sepinggan nasi kerabu ni.
Akak dan afiah macam biasa, kalau ada menu lontong, memang kami akan pilih menu tersebut. Secukup rasa untuk hidangan lontong ni. Bahan pun tak lokek. Rasa macam nak tapau tapi memikirkan yang ada aktiviti lain lagi perlu dipenuhi, tak jadilah nak menapau.
Ada lagi menu-menu lain yang boleh dicuba. Harga makanan di sini, memadai dengan hidangan yang disediakan. Kena singgah lagi nanti bila bermalam di Taiping. Memandangkan kedai ini menyediakan menu sarapan jadi kalau bermalam bolehlah pagi-pagi sampai sini. Kalau korang nak tahu, di Taping sendiri ada beberapa lagi kedai sarapan pagi yang boleh dicuba. Kena plan lain pula nanti.
Bagi yang berminat untuk mencuba, bolehlah cari kedai Sarapan Pagi Ana Yang Masak di sini :
Lorong Kilang 14
Kawasan Perindustrian Ringan Tupai
34000 Taiping
Buka setiap hari kecuali hari Isnin, bermula jam 630 pagi.
0 Comments