Paling Mudah Bila Dah Lapar.   Kebelakangan ni memang akak ni agak sibuk dengan macam-macam hal.  Sampaikan nak update blog sendiri pun tertangguh-tangguh.  Terima kasih pada yang terus sudi singgah di sini.  Pelan-pelan akak singgah 'rumah' korang yer.  Hari ni nak update yang ringkas aje sesuai dengan tajuk entry .

Korang pernah tak rasa bila tengah penat buat kerja atau tengah serobut memikirkan kerja yang macam-macam, tiba-tiba perut korang berbunyi-bunyi lapar.  Mesti pernah kan.  Samalah dengan akak ni.  Nak luang masa memasak, masa agak terhad.  Nak order pun kadang-kadang menu sama saja, jemulah pulak.  Paling mudah, akak akan masak nasi, buat sambal bilis campak-campak dan telur dadar.  Sambal bilis tu bukan macam sambal nasi lemak tau tapi sambal bilis guna cili padi. Haaaa....berasap !!!


menu ringkas, sedap di makan, menu sedap

Inilah sambal bilisnya.  Bahan pun yang mana ada sahaja. 

Ikan bilis - digoreng garing
bawang merah, bawang putih cili padi, cili merah - dipotong dan digoreng sekejap. Selepas tu, angkat dan dan toskan. Masuk dalam lesung dan tumbuk separa halus.  Campurkan sedikit garam, gula, perahkan sedikit limau.  Kacau dan campurkan dengan bilis goreng tadi.  Siap untuk dimakan.


menu ringkas, sedap di makan, menu sedap

Bagini saja menu bila dah lapar.  Ada daging sup di situ, lebihan makan malam semalam. Jomlah korang share menu ringkas dan cepat disediakan, nanti akak terjah blog korang.


0 Comments