Kari Udang Sambal Belacan
Kari Udang Sambal Belacan. Banyak entry yang tulis separuh jalan, ada yang masuk gambar aje, ada yang tulis tajuk aje. Jadi Ogos ni, akak cuba clear kan yang ada dalam draft sebanyak yang mungkin. Harap tercapailah target untuk bulan Ogos ni. Lepas tu nak terjah blog-blog korang pulak nak tinggalkan jejak, lama betul tak 'jalan-jalan'. Minggu lepas MIL ada di rumah. Secara kebetulan akak ambil cuti sambung dengan hujung minggu jadi dapatlah layan selera MIL. Bila MIL ada di rumah, auto menu harian akan bertukar lebih kepada menu kampung.
Masakan pertama kami masa MIL sampai ialah asam pedas rebus keladi. Menu kegemaran sebab di kampung dulu memang en suami ada tanam sendiri keladi. Tapi sekarang ke kena belilah. Kalau ada MIL, kena masak dengan batang keladi sekali tapi kalau kami sahaja, lebih suka makan isinya.
Makanan Kegemaran Orang Lama
Hari seterusnya, masak kari udang. Di pasar malam dapat udang sederhana besar yang agak murah harganya dari biasa. Kalau buat kari udang, akak suka masukkan sekali kacang buncis atau kacang panjang dengan belimbing buluh. Secara kebetulan, belimbing buluh tengah rancak berbuah. Ronda keliling rumah, nampak pula pucuk ubi kayu. Terus petik dan rebus. Pucuk ubi kayu rebus pun kegemaran MIL juga. Bila ada pucuk ubi rebus, kenalah ada juga sambal belacan. Macam biasa, anak-anak ambil tugasan tumbuk sambal belacan ni. Sebagai tambahan, kena ada telur dadar dan ikan goreng.
Menu lain kegemaran MIL ialah sup daging atau tulang. Kalau masak sup, kena ada ikan kering. Tapi kali ini, akak padankan dengan ikan pekasam. Ikan pekasam ni korang padankan dengan potong limau nipis yang kemudiannya diperah atas ikan pekasam tersebut dan juga bawang goreng. Ikan pekasm ni bila digoreng, baunya boleh tahan juga tapi bila dah makan memang lupa semua bau-bauan tu. Cara gorengnya pula kenalah dengan api perlahan dan sampai agak garing.
Kalau korang nak tahu MIL akak ni dah berusia 84 tahun, masih sihat…sihat-sihat orang tua. Boleh berjalan ke sana sini lagi tapi kena diperhati. Makan agak kurang tapi kalau kena dengan seleranya betambah-tambah juga. Ingatan pun dah sedikit merosot, tapi sangat mengingati perjalanan hidupnya di waktu muda. Dah lali mendengar kisahnya berulang-ulangkali sampai ada antaranya dah boleh hafal. Jadi lucu pula bila mendengar kisahnya berulang-ulang. Kadang-kadang sambil duduk dia akan menyanyi lagu-lagu lama masa muda-mudanya. Seronok melayan bila kena masanya. Ada waktunya, dia suka termenung dan duduk diam sorang-sorang.
Oleh kerana usia yang dah lanjut, kami memang tidak benarkan MIL tinggal sorang-sorang di kampung, sangat bahaya. Jadi adik beradik en suami secar bergilir ambil peluang menjaga dan menemani MIL. Tapi kebanyakan masanya lebih dengan kakak-kakak ipar. Tunggulah nanti bila ada yang pencen dan balik kampung, bolehlah MIL tinggal di kampung semula. Tak lama dah kami kami ni nak bersara, semua tengah tunggu giliran.
Moga kalau panjang umur, di usia tua nanti..nak lalui suasana yang mudah dan tenang-tenang aje..in sya Allah.
0 Comments