Makan Burger di Woodfire Penang.  Entry tentang makan ni berderet-deret dalam draft, bilalah akak nak share kat sini.  Kebelakangan ni agak sibuk dengan tugas-tugas hakiki, bila dah balik rumah memang rasa tepu nak bercerita.  Bekerja dengan targer ni memang letih nak bagi capai, tapi bila dah capai bolehlah tarik nafas sikit sebelum  berkejar untuk capai target bulan berikutnya pulak.

Sambil-sambil tu cari masa juga untuk diluangkan dengan keluarga.  Tambahan bila anak yang jauh ada di rumah.  Dapat makan semeja bersama pun dah seronok sangat.  Sebelum adik dan kak cik balik asrama dan kolej, biasanya memang kami akan spend masa makan-makan di luar.  Kalau tak ke kedai tomyam, kami ke kedai mamak.  Tapi kali ni masing-masing tak nak makan nasi, selera western pulak.  Last last Irfan ajak kami makan burger di Woodfire.  


makanan segera, makan western, makan malam keluarga, jalan-jalan cari makan

Pertama kali singgah di sini.  Kalau nak ke Tanjong Bungah atau Batu Feringghi, kalau ikut jalan bandar, memang akan lalu area ni, cuma tak pernah nak singgah.  Masing-masing tukar selera. Masa kami sampai pun dah penuh tempat parking ni.  Memang kena parking luar di tepi-tepi jalan.  Deretan kawasan ini adalah pelbagai jenis kedai tapi sebelah malam kebanyakkan nya dah tutup, jadi mudahlah sedikit untuk parking kereta.


makanan segera, makan western, makan malam keluarga, jalan-jalan cari makan

Bahagian dalam pun kebanyakan tempat duduk dah penuh.  Ramainya anak-anak mudalah, yang berkeluarga juga ada.  Melihat menunya pun  akak tak tahu nak pilih yang mana.  Jadinya, bagi anak-anak sahaja yang pilihkan, akak dan en suami cari meja kosong untuk keluarga kami.


makanan segera, makan western, makan malam keluarga, jalan-jalan cari makan

makanan segera, makan western, makan malam keluarga, jalan-jalan cari makan

makanan segera, makan western, makan malam keluarga, jalan-jalan cari makan

makanan segera, makan western, makan malam keluarga, jalan-jalan cari makan

makanan segera, makan western, makan malam keluarga, jalan-jalan cari makan

makanan segera, makan western, makan malam keluarga, jalan-jalan cari makan

Inilah pilihan anak-anak.  Melihatkan saiz burgernya, memang kenyanglah malam ni.  Makan burger mahal kata ayahnya!  Setiap orang dengan pilihan berbeza, jadi semua orang dapat rasa setiap jenis.  Namapun macam-macam. Menu tak berapa nak sihat.  Tak boleh makan selalu.

Sesekali sekala bolehlah layan makan macam ni.  Orang lama ni macam mana pun suka cari  nasi berlauk juga.  Kali ni join anak-anak sambil sembang-sembang aktiviti masing-masing.  Anak-anak dah besar ni, tambahan ada yang dah bekerja, memang agak sukar nak cari masa untuk berkumpul.  Bila ada peluang, macam nilah kami.


0 Comments