Staycation Tanpa Dirancang Ke Cameron Highland. Kejadian sebelum cuti sekolah.  Seminggu tak update any post, sibuk bebenar kakak ini. Kali ni memang tak rancang sebab memikirkan tak cukup korum.  Semuanya spontan.  Secara kebetulan, hari Ahad , en suami nak menghadiri jemputan kenduri kahwin dari kawan belajarnya dahulu di Sungai Buloh dan secara kebetulan juga kawan-kawan en suami bercadang nak buat mini reunion memandangkan dah lebih 20 tahun tidak bertemu muka, sekadar bersembang dalam group wasap sahaja.  Kakak kebetulannya cuti hujung minggu dan Irfan pula off day, makanya en suami bercadang bertolak awal, singgah CH dan esoknya terus ke tempat kenduri dan balik.  Dah lama tak buat idea-idea spontan macam ni.  

Ambil sahaja apa yang perlu untuk semalaman dan baju kenduri esoknya.  Agih-agih tugas dengan cepat, en suami uruskan makanan kucing, tupai dan burung di luar, irfan settlekan bahagian dapur, kakak kumpulkan barang yang nak bawa, akak macam biasa, pack semua sambil 'scan thru' cukup atau tidak.  Kebetulan juga, akak ada jemputan kenduri  tak jauh dari rumah kami.  Banyak sungguh kebetulannya ya !

Singgah kenduri dulu, isi perut dan teruskan perjalanan.  Oleh kerana  kami berempat masing-masing boleh memandu, jadi bergilir-gilirlah pegang stereng. Cuaca pun elok sepanjang perjalanan.  Akak ambil part sebagai co pilot aje.  Anak-anak suruh ibu duduk rileks.  Dapatlah ibu peluang ambil gambar.  

cuti singkat, jalan-jalan cara mudah, tempat sejuk, musim hujan , tempat tinggi

Bertolak dari tempat kenduri dah menghampiri jam 3 petang.  Jalan clear, ETA dalam  jam 530pm di CH.  Cantik sungguh awan sepanjang jalan.  Tak tahu entah berapa banyak gambar view awan dalam galeri gambar.   Sambil-sambil tu abang irfan cari tempat penginapan.  Dah dapat baru masing-masing boleh duduk tenang dalam kereta.


cuti singkat, jalan-jalan cara mudah, tempat sejuk, musim hujan , tempat tinggi

Sampai sahaja, cari dulu masjid untuk jamak solat.  Kami plan nak check in lewat sedikit, sementara hari terang ni nak jalan-jalan dulu.  Singgah di Masjid Al-Huda, Kg Raja Cameron Highland.  Bersih dan kemas masjid ini, toliet pun bersih sangat, airnya sejuk. Gigil-gigil ambil wuduk.  Nampak macam tak ramai orang, cuti hujung minggu rasanya tak sepadat cuti umum.  Salah satu sebab tak berapa berminat untuk ke CH ni ialah jem.  Kalau korang nak tahu, last sekali kami naik CH ni ialah 14 tahun lepas.  Lama kan!


cuti singkat, jalan-jalan cara mudah, tempat sejuk, musim hujan , tempat tinggi

Selepas solat, baru tenang sedikit perjalanan.  Singgah Cameron Valley, mengeteh sebentar.  Kalau ke sini suka duduk di bahagian atas, tapi sebab kami sampai pun dah lewat petang, bahagian atas tutup untuk kerja pembersihan, jadi duduk santai di bawah sahaja.

cuti singkat, jalan-jalan cara mudah, tempat sejuk, musim hujan , tempat tinggi

Dalam sejuk-sejuk pun, kakak teringin nak merasa ais krim matcha.  Semangkuk tu RM10.  Cukuplah satu, buat rasa-rasa.

cuti singkat, jalan-jalan cara mudah, tempat sejuk, musim hujan , tempat tinggi

cuti singkat, jalan-jalan cara mudah, tempat sejuk, musim hujan , tempat tinggi

cuti singkat, jalan-jalan cara mudah, tempat sejuk, musim hujan , tempat tinggi

Santai-santai minum petang dulu.  Tak lengkap kalau tak minum teh di sini.   kami order pai epal dengan aiskrim, kentang goreng dah mushroom soup beserta roti garlic.  Masa ni cuaca dah rasa sejuk sedikit.  Cuaca sejuk, perut cepat betul rasa lapar. Sedap makan roti cicah mushroom soup dalam cuaca begini.


cuti singkat, jalan-jalan cara mudah, tempat sejuk, musim hujan , tempat tinggi

Nak masuk ke kebun teh tapi dah tutup pula.  Waktu operasi sehingga jam 6 petang sahaja.  Jadinya ambil gambar dari luar sahaja.  Lama juga rehat-rehat kat sini sebelum check in.  Banyak kedai dan tempat attraction dah tutup waktu ni.  Okaylah sebab kami tak plan pun nak singgah mana-mana, sekadar nak ambil angin di CH sahaja.

cuti singkat, jalan-jalan cara mudah, tempat sejuk, musim hujan , tempat tinggi

Plan malamnya nak makan steamboat, kami singgah check in sekejap.  Abang Irfan dapat booking The Copthorne, Brinchang.  Mulanya booking bilik superior sahaja, bila daftar untuk check dapat upgrade ke bilik deluxe dengan harga yang sama. 


cuti singkat, jalan-jalan cara mudah, tempat sejuk, musim hujan , tempat tinggi

cuti singkat, jalan-jalan cara mudah, tempat sejuk, musim hujan , tempat tinggi

Bilik tanpa aircond, dah tempat sejukkan.  Ada 2 katil single.  Kami siap bawa selimut lebih.  Hotel ni berhampiran dengan Kea Farm, mudahlah nak shopping sayuran esok pagi. Haha...sesekali kita shopping sayur. Tak banyak gambar sempat ambil sebab mengejar masa nak cari makan.


cuti singkat, jalan-jalan cara mudah, tempat sejuk, musim hujan , tempat tinggi

Misi mencari steamboat.  Mula-mula singgah kedai bersebelahan denga Hotel De Fern, tapi nampak tak menarik. Ambil gambar je  di luar kedai. Lepas tu kami bergerak ke arah Tanah Rata.  Nak juga makan cari kedai steamboat.  Google lagi dan jumpa Highland Steamboat Cheese & Grill.  Tengok gambar macam best.   Ikut saja google map.  Masa sampai tu kami nampak deretan kereta parking kiri kanan jalan.  Alang-alang dah sampai, dapat parking jauh pun jauh la.


cuti singkat, jalan-jalan cara mudah, tempat sejuk, musim hujan , tempat tinggi

Jauh jugalah kami menapak.  Kedai ni kena melintas sungai kecil.  Ada jambatan boleh ambil gambar kat sini.  Agak tersorok sedikit tapi menarik.  Kalau waktu siang mungkin view agak berbeza.  Kat sinilah kebanyakan gambar bunga yang akak share dalam post sebelum  ni.


cuti singkat, jalan-jalan cara mudah, tempat sejuk, musim hujan , tempat tinggi

Masa sampai kami tengok punya lah ramai orang, yang dalam kedai dan juga yang sedang menunggu giliran.

cuti singkat, jalan-jalan cara mudah, tempat sejuk, musim hujan , tempat tinggi

Kedai ni guna system nombor.  Masa sampai, korang kena cepat-cepat pergi kaunter dulu.  Nanti yang jaga kaunter tu akan tanya korang nak makan untuk berapa orang.  Lepas tu korang dapat nombor dan silalah tunggu nombor korang dipanggil.  Dalam kedai ni ada yang meja  4 orang, meja 6 orang dan meja panjang untuk ramai-ramai.  So bila meja-meja ni korang, baru akan dipanggil giliran seterusnya.  Kalau yang makan tu ambil masa lama, maka lamalah menunggu.  Tapi jangan risau, banyak meja disediakan.  

Dalam kedai ni juga, ada tempat untuk kanak-kanak bermain. Sementara menunggu tu bolehlah bawa anak-anak korang bermain dalam tu.  Bila nombor korang dipanggil, korang teruslah buat bayaran di kaunter.  Lepas tu barulah ada yang attend korang dekat meja.  


cuti singkat, jalan-jalan cara mudah, tempat sejuk, musim hujan , tempat tinggi

Kenapa akak kata kedai ni menarik, antara sebabnya di sini ada banyak pilihan yang korang boleh ambil.  Nasi goreng, speghetti, kentang goreng pun ada. Jadi kalau korang memang kena makan nasi, boleh je ambil nasi goreng yang disediakn.   Maaflah tak banyak gambar yang diambil.  Masa ni orang agak ramai, akak pun sibuk melayan perut di meja.  Tapi memang tempat ni best ! Harga satu kepada dalam RM40 kalau tak silap akak.   Dah lupa pulak harganya sebab abang irfan yang belanja.

Lepas makan jangan lupa ambil aiskrim.  Ada beberapa perisa disediakan. Air pun ada banyak jenis.  Korang pilih saja mana yang korang suka.  Dah kenyang, gerak balik bilik, mata pun dah mengantuk. Esok nak jalan jauh lagi.

cuti singkat, jalan-jalan cara mudah, tempat sejuk, musim hujan , tempat tinggi

Sarapan pagi di Hotel Copthorne ni menarik juga, ada pelbagai pilihan.  Bilik kami termasuk sarapan untuk 2 orang.  Masa check in semalam dah minta tambahan untuk 2 orang lagi sarapan dan buat bayaran terus.  Kalau korang beli tambahan sarapan waktu pagi di kaunter cafe, harga akan berbeza.  Jadi kena selalu ingat, kalau nak tambah breakfast, kena buat masa check in.


cuti singkat, jalan-jalan cara mudah, tempat sejuk, musim hujan , tempat tinggi

Pagi tu hujan, kami sempat ronda sekeliling hotel menikmati suasana pagi.  Lepas tu terus kemas dan bersiap untuk check out.  Dalam perjalanan turun menuju ke Sungai Buloh, singgah juga di Kea Farm.  Beli sayuran serba sedikit, jangan lupa beli jagung dan ubi manis.  Waktu ni orang dah ramai di Kea Farm, cuaca pun dah mula panas, kami pun bergerak cepat-cepat. Tak adalah gambar masa shopping sayur-sayuran.  

Begitulah trip ringkas di CH.  Nanti boleh datang lagi bawa anak-anak yang tak ikut sama pula.  Nanti tu tak tahulah bila.    

*Selamat Aidil Adha untuk korang semua yang selalu singgah dan meninggalkan jejak di sini.  Maaf lately agak kurang entry yang sempat dibuat.  Hari ni pun cuti sebab nak hantar anak teruna balik asrama. Jangan jemu yer singgah sini !


0 Comments