Dah lama tidak melalui hujung minggu yang sangat-sangat sibuk dari awal pagi sehingga ke malam.  Allah uji sedikit sahaja dengan kesihatan en suami yang tidak berapa baik hujung minggu baru ni.  Dari Jumaat petang lagi dah mula rasa badan tidak sihat, mungkin dek kerana kerap terkena hujan memandangkan di utara ni hujan turun hampir setiap hari.

Bila pasangan tidak sihat memang diri sendiri kena jadi super power tanpa perlu dipaksa.  Kalau biasa tugas harian keluarga boleh bahagi sorang sedikit tapi bila salah seorang rebah memang seratus peratus terletak atas bahu yang sihat.  Memang rasa macam super women, alhamdulillah Allah bagi kekuatan lebih pada akak.

Sambil-sambil terkejar ke sana ke sini, akak selalu ingat apa yang selalu memotivasikan diri sendiri untuk jadi kuat.  Tak kira, kat mana pun akak berada, apapun yang akak sedang buat, family adalah motivasi yang sangat kuat untuk akak.  Bila penat, tengok muka anak-anak, layan anak-anak sekejap terus hilang rasa penat.



motivasi, superwomen, motivasi untuk jadi baik



Kenapa Perlu Motivasi

Setiap orang perlu ada motivasi diri atau dimotivasikan oleh benda lain. Kenapa? Tentulah bila ada motivasi diri, kita akan rasa bersemangat untuk mencapai apa yang kita hajati.  Bayangkan kalau hari-hari kita lalui tanpa motivasi diri, mesti hari jadi lesu tiada semangat.

Selain itu, kita juga sebagai individu perlu untuk dimotivasikan supaya apa yang kita buat menjadi. Apa yang boleh memotivasikan diri kita? Macam-macam boleh.  Akak suka jadikan keluarga sebagai motivasi utama dalam apa jua yang akak lakukan.  Orang yang bekerja mungkin menjadikan gaji sebagai motivasi mereka untuk terus berusaha dalam kerjaya.

Apa pula motivasi sebagai blogger? Haa...sebagai blogger, korang yang singgah baca tulisan akak nilah yang selalu jadi inspirasi akak untuk terus menulis.  Kalau takde yang singgah memang dah lama berkubur blog ni.

Apa pula yang memotivasikan hidup korang seharian?

14 Comments

  1. Replies
    1. Moga kita sama-sama istiqomah mengamalkannya

      Delete
  2. alhamdulillah terima kasih atas perkongsian ^_^

    ReplyDelete
  3. kita perlu motivasi setiap hari.. untuk apa pun x kisah tapi untuk diri sndiri memang perlu.
    untuk kekal tabah n bersemangat =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sangat ...kadang-kadang benda kecil pun boleh jadi motivasi yang baik kan...

      Delete
  4. im still trying to improve myself to be better.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Everybody doing the same thing...to be a better person..

      Delete
  5. motivasi untuk diri sendiri sangat penting. diri sendiri yang positif boleh buatkan orang selesa dengan kita dan dorang juga terdorong untuk perkara-perkara yang boleh berikan impak yang baik untuk kita :) https://typperlo.blogspot.com/2019/10/makan-makan-di-gusteaus-cafe-perlis.html

    ReplyDelete
  6. semangat dan kuat tu sangat penting untuk kita teruskan hidup demi mereka yang tersayang. Be positive be happy :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba jadi positif setiap hari...supaya hari-hari sentiasa bermotivasi..

      Delete
  7. Semoga dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat.

    ReplyDelete