Layan Drama Terbaru - Jangan Benci Cintaku

Tuesday, July 10, 2018

Akak terjebak lagi dengan drama bersiri.  Tapi drama slot jam 7-8 malam ni biasanya tengok malam-malam sebelum tidur.  Masa tayangan tu peak hour kat rumah dengan macam-macam benda nak buat.  Jangan Benci Cintaku - drama nipun adaptasi daripada novel karya Emy Roberto.  Tak pernah lagi layan karya Emy ni.  Ada ternampak novel ni di kedai buku tapi disebabkan dah terlayan di tv, tak jadilah beli novelnya. Kita tunggu jer perjalanan cerita ni macam mana.

slot akasia,drama adaptasi novel
gambar google


Drama terbitan Suhan Movies & Trading dibintangi oleh Saharul Ridwan, Zahirah Macwilson, Issue Islam dan ramai lagi pelakon lama dan baru.  Kalau perasan daripada awal syawal lagi banyak tayangan drama terbitan Suhan Movie ni. Trendingnya lebih kurang sama je, berkahwin, ada yang tak suka, kena tinggal, derhaka pada mak....makan dalam la jalan ceritanya.

Sinopsis Jangan Benci Cintaku 


Rafeeqa terpaksa berkahwin dengan Shahrizal, calon pilihan keluarga ketika usia masih muda.  Bagi Shahriza, tiada sebab untuk dia tidak jatuh cinta pada Rafeeqa tapi bagi Rafeeqa, perkahwinan itu satu beban.  Rafeeqa nekad melanjutkan pelajarannya ke luar negara, walaupun dipujuk rayu si suami. Dengan berat hati, Shahrizal melepaskan isterinya pergi setelah Rafeeqa berkeras dengan keputusannya.

Pada awalnya, Shahrizal masih melayan dengan baik. Namun, segalanya berubah pada tahun terakhir pengajian Rafeeqa.  Mereka sudah kurang berhubung. Dinginnya Shahrizal buat Rafeeqa mengesaki sesuatu.  Saat itu dia mula rasa kehilangan.

Rafeeqa pulang ke tanahair dan mahu menjadi isteri yang lebih baik. Namun Shahrizal sudah ada orang ketiga iaitu Husna.  Dengan sokongan rakannya Damia, Rafeeqa tidak mengalah untuk kembali memikat si suami.

Namun tidak semudah itu, dengan kemunculan Husna di antara dirinya dan Shahrizal, Nek Pah yang tidak pernah mengiktiraf kedudukannya sebagai cucu menantu dan juga Irwan yang tidak habis-habis cuba untuk mendekatinya, semuanya menguji kesabaran.

Setakat 7 episod yang akak dah tengok ni, pelakon-pelakon semua bawa watak dengan baik.  Akak cukup geram dengan Nek Pah. Suka sangat nak meruntuhkan rumahtangga cucunya. Azizah Mahzan memang berjaya dengan watak Nek Pahnya.  Drama 28 episod ni panjang lagi nak habis. Macam-macam boleh jadi...

slot akasia,drama adaptasi novel
Nek Pah in action  :) - gambar google


Pada korang yang berminat nak join akak tengok cerita ni, boleh je tengok terus di TV3 setiap Isnin- Jumaat jam 7.00 malam.

Kalau tak sempat, boleh tengok secara online kat SINI 

Kalau nak baca novelnya secara online, boleh klik link di bawah :





Bab 12  

Best pulak bila baca sebahagian novel ni...huhu kalau tak sabar ni mau pergi jugak cari di kedai buku...


You Might Also Like

3 comments

  1. Cikla pun layan gak drama ni. Novel online dh khatam dah. Best!

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh x cikla bgthu mcm mne nak bace novel nie dekat online

      Delete
  2. bestkan cerita ni...geram dengan Husna tu done follow!
    Jemput masuk segemen blog list Del dekat www.cakapsinilah.com

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook