Hampir seminggu tak berupdate blog akak ni.  Mana pergi? Rindu ke korang dengan celoteh akak yang tak seberapa ni?

Alhamdulillah baru sehati dua pulih daripada demam.  Dah lama sungguh tak kena demam, sekali kena memang tak boleh bangun, lemah dan baring je yang mampu.  Semua urusan rumah anak-anak dan en hubby yang buat.  Dapatlah mak rehat sehari dua tanpa fikirkan apapun tentang kerja rumah, tugas pejabat dan sebagainya.  Akak masih lagi dalam tempoh bercuti ni, menghabiskan saki baki cuti tahunan tanpa sebarang perancangan.  Betul-betul bercuti di rumah.  

Blog pun terabai. Rasa malas sungguh nak bercerita kat sini. Banyak cerita terbengkalai begitu sahaja.  Nanti ya akak update satu-satu. Yang penting kena selesaikan entry-enty job yang telah diterima.  Tak banyak tapi masih ada yang sudi bekerjasama.  


Jangan Biarkan Rasa Malas Menguasai Diri,tips elak malas


Tips Elak Rasa Malas

Bila dah lama korang tinggalkan satu-satu tugas tu, memang bila nak mulakan semula, rasa teramatlah malasnya.  Kena ada satu daya atau gerakan untuk push diri sendiri mulakan semula.  Bila dah mula, in sha Allah sikit-sikit rasa malas tu akan hilang.

Tips yang akak gunakan mudah sahaja.

Paksa diri untuk buat semula - kalau korang tak kuatkan semangat untuk paksa diri korang mulakan balik memang rasa malas tu akan terus jadi peneman.  

Rajin berdoa - rajin rajinlah berdoa dan berzikir supaya rasa malas tu hilang sedikit demi sedikit.  Kena solat awal waktu, buat kerja dahulu sebelum rehat.

Ingat orang-orang yang bergantung harap pada kita -  yang ni memang selalu jadi pemangkin untuk akak hilangkan rasa malas.  Yelah bayangkan kalau korang malas bekerja, hilang sumber pendapatan keluarga korang nanti.  Dalam  berblog pun, kalau korang malas nak update entry, mana mungkin customer nak ambil korang untuk promo produk atau service mereka.  

Cukuplah 3 tips akak bagi.  Yang lain-lain korang kena rajin cari sendiri.  Apapun semuanya terletak ats diri sendiri juga.  Takde siapapun yang boleh merubah diri seseorang itu selain daripada dirinya sendiri.


2 Comments

  1. insya allah. tq atas peringatan

    ReplyDelete
  2. Seminggu ok lagi, saya dah berbulan, bertahun dah. Hehe. nasib la.

    ReplyDelete