Hasil Tangan Yang Boleh Dikongsi Bersama
Hasil Tanaman Di Kampung
Seronok rasanya bila balik kampung tengok pokok-pokok buah dah mengeluarkan hasil. Bukan sedikit pulak tu, boleh dikongsi bersama adik-beradik dan jiran-jiran. Hasil tanaman di kampung ni en hubby pungut minggu lepas semasa menemankan MIL pulang sebentar ke kampung. Bila tengok gambar yang en hubby kirim....hmmmm..memang meriah sungguh!
pisang emas dibawa belayar. Setandan sekali haa. Sambil mengajar anak...ni dia setandan, kalau potong banyak ni kita guna sesisir......lebih mudah hadam penggunaan penjodoh bilangan.
Buah ciku lebat sungguh kat atas pokok. Belum boleh dipetik lagi. Hmmm....akak memang peminat ciku. Bila dah masak, potong lekatkan ketul-ketul ais atau masukkan sebentar dalam peti ais, makan sejuk-sejuk...huhuu
Rambutan dan cempedak. Berbekas-bekas dipetiknya, puas mengagihkan pada adik beradik dan jiran tetangga.
Mangga chukanan. Pokok mangga ni sekali berbuah memang banyak sangat. Kadang-kadang kami rentangkan jaring antara pokok dan melepasi parit besar depan rumah supaya buah yang jatuh tidak terus masuk ke dalam parit. Dah selesaipun hantar sampai ke Sungai Buloh rumah kakak ipar week end baru ni.
Rambutan, mangga, pisang, cempedak dan ciku sedang berbuah lebat sekarang ni. Cuma ciku belum boleh dipetik lagi. Semua pokok ni kecuali pokok ciku adalah hasil tanaman en hubby beberapa hari selepas majlis perkahwinan kami. Kiranya telah hampir 18 tahun usia pokok-pokok ni dan dah banyak kali juga berbuah. Buah tak pernah surut, sentiasa banyak setiap kali musim tiba walaupun tidak berapa rapi jagaannya. Pokok tinggal sahaja di kampung since MIL pun dah tinggal dengan anak-anak sekarang ni cuma sesekali singgah balik menjenguk rumah.
Itulah hasil berbudi pada tanah kan. En hubby selalu beritahu suka tanam pokok buah-buahan sebab nanti anak-anak bila besar bolehlah memetik sendiri hasilnya, tidak hanya berharap pada belian sahaja. Bila tengok hasil sekarang memang seronok, bukan kami sahaja yang merasa, ramai juga dah merasa. Tinggal satu spesis je lagi belum terlaksana. Tunggu hasil raja buah pulak. Kalau bukan hak kami mungkin anak cucu cicit nanti boleh merasa.
9 Comments
Kak Azi.....bestnya....seronok kalau banyak hasil macam ni....kat kampung SA memang kena jaga betul2...sebab selalu beruk datang menyerang...sayur pun habis dicabutnya...
ReplyDeleteTeringat lagi masa duduk kampung...macam macam boleh makan
ReplyDeleteMmg skrg tgh musim..tu yg rasa nk demam..hehe.xbole mkn byk durian mis rambutan..cepat panas dlm
ReplyDeleteJemput join GA. Hadiah menarik disediakan.
https://tinynasweet.blogspot.my/2017/11/giveaway-dhia-sumayyah-201117-141217.html
Bestkan . CCL suka balik kampung . Nak-nak time musim buah-buahan .. mujur kat kampung ni ada dusun ..boleh makan macam2 buah .
ReplyDeletesedapnya buah. terliurrrrr..
ReplyDeletehai nak jmput singgah n meriahkan segmen GA kt sini
http://www.raydahalhabsyi.com/2017/11/comeback-giveaway-by-raydah-alhabsyi.html
Sedapnyaa rambutan dengan cempedak tu :)
ReplyDeletebestnya! banyak buah2an tempatan!
ReplyDeleteBerbudi pada tanah ni sungguh bertuah dan tak merugikan!
ReplyDeleteBanyaknya... enak2 belaka...
ReplyDeleteTanaman dekat kampung.. semua dah kena tarah atas nama pembangunan.. So dah xde dah dusun depan rumah... T-T