Layak Ke Untuk Derma Darah

Tuesday, October 03, 2017

Pagi tadi ternampak gambar ni kat facebook.  Bagus fb ni mengingatkan kembali post-post yang lama.  Kadang-kadang dapat simpan semula gambar-gambar lama yang pernah share kat fb.  


kempen derma darah, kelayakan menderma darah




Korang pernah derma darah? Dah berapa kali?  Akak dah tiga kali derma darah.  Nak buat yang keempat tak lepas sebab paras hemoglobin rendah.  Sebelum ni takde masalah pun. So tak dapatlah akak nak menambah bilangan derma darah ni.  Nak derma darah pun ada syarat-syarat yang menentukan samada korang layak atau tidak menderma.  

Kelayakan Pendermaan Darah

Semasa proses pendermaan darah, mula-mula korang kena isi borang dulu.  Lepas borang lengkap, korang akan lalui sesi interview atau soal jawap dengan pegawai perubatan bertugas.  Di sinilah nanti menentukan korang boleh ke proses seterusnya atau tidak.  Ada dua kategori penderma yang mungkin ada iaitu kategori tidak layak sementara dan kategori tidak layak kekal.

Kategori tidak layak sementara ini adalah disebabkan oleh :
  • paras hemoglobin rendah (kurang darah)
  • penderma mengalami tekanan darah rendah 
  • tekanan darah tinggi
  • berat badan kurang daripada 45kg
  • sedang dalam rawatan penyakit yang memerlukan penderma mengambil antibiotik
  • penerima vaksinasi
  • ada jangkitan kuman seperti selsema, denggi
  • ada menjalani prosidur rawatan gigi 
  • ada menjalani prosidur akupuntur

Kategori tidak layak kekal pula disebabkan :
  • mempunyai masalah kesihatan seperti kanser, penyakit dalam darah, penyakit jantung
  • mereka yang suka bertukar-tukar pasangan seks
  • penagih dadah
  • pelacur dan golongan yang pernah melanggani pelacur

Bagi korang yang layak, jangan lepaskan peluang ni. Banyak nya korang boleh selamatkan.  Kalau nampak mana-mana kaunter untuk derma darah, jangan lari tau, pi la singgah. Oleh kerana hari tu tak boleh nak derma lagi, kenalah akak buat lebih aktiviti sihat mana tau next check up boleh menderma semula.




You Might Also Like

10 comments

  1. Bagus derma darah ni

    selain dapat pahala

    untuk kesihatan pun ada

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu sebab tu kalau ada peluang saya akan buat.

      Delete
  2. cik timm dah 3 kali xlepas sebab berat xlepas, tekanan darah rendah..hihi..

    ReplyDelete
  3. Mama pernah juga derma darah dulu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom derma lagi kalau berkesempatan

      Delete
  4. Ai selalu nak derma darah tapi tak layak sebab berat.. sekarang dah 48kg layak lah kot kan..

    ReplyDelete
  5. Nani haritu pernah nak derma darah tapi dia orang tak jumpa urat. Haha! Lepas tu seriau dah nak derma.

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook